P

P

KURSUS PERTOLONGAN CEMAS

POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH, BEHRANG. 25HB HINGGA 26HB NOVEMBER 2013. Kursus ini telah dianjurka oleh bahagian latihan PSAS.

KEMPEN KESIHATAN DAN DERMA DARAH

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS. 23HB NOVEMBER 2013. Program ini telah dijalankan oleh kursus bsmm dibawah Pusat Ko UPSI.

MESYUARAT AGUNG BSMM UPSI

Universiti Pendidikan Sultan Idris, 4hb Oktober 2013M. Mesyuarat Agung Tahunan telah dijalankan bagi melantik ahli jawatankuasa BSMM bagi sesi 2013 / 2014.

KEM SUKARELAAN KANAK-KANAK

SK Seri Besout, Sungkai. 20hb hingga 22hb September 2013M. Unit Kanak-kanak dengan kerjasama Unit Latihan, telah menjalankan satu program berbentuk kem kepada anggota unit kanak-kanak di kawasan PPD Batang Padang.

PROGRAM PEMBELIAN BUBUR LAMBUK

Program ini dijalankan pada 20hb Julai 2013M, sabtu. Program ini telah dijalankan dikawasan Tanjong Malim dan Jabatan Kerajaan sekitar Tanjong Malim.

Sabtu, 8 September 2007

MESYUARAT KALI KE-3

SMK KHIR JOHARI, mesyuarat tersebut telah membincangkan beberapa perkara tentang program tahun depan. Ada 2 program yang akan dijalakan pada tahun depan. Perhimpunan Perdana yang akan diadakan di SMK Agama Slim River ( cadangan ). Perhimpunan ini terkandungan program Kem Dwi Tahunan dan pelbagai acara yang dipertandingkan. Pada perhimpunan ini sekali gus merasmikan laman web rasmi BSMM Cabang Tanjong Malim Slim River. Program kedua adalah seminar yang membentangkan kertas kerja mengenai subjek pertolongan cemas diguna pakai di dalam kurikulum aruas perdana. Antara penal yang akan dijemput, Pegawai Bahagaian Sekolah KPM, Pegawai IPK BSMM dan Pegawai BSMM Cawangan Perak.

Sabtu, 1 September 2007

PEPERIKSAAN PERTOLONGAN CEMAS LANJUTAN

SMK KHIR JOHARI, telah dijalankan satu peperiksaan yang melibatkan ahli BSMM yang mengikuti kursus jurulatih. Seramai 20 orang yang mengambil peperiksaan. Peperiksaan ini dikawal selia oleh Lt. Kolonel Zainal Abidin dan Mejor Mohd Hayadi bin Abd. Ghani. Kertas ini telah dikeluarkan oleh IPK BSMM dibahwah Institut BSMM. Diharap dengan adanya peperiksaan ini dapat meningkatkan ilmu pengetahuan tentang pertolongan cemas kepada bakal-bakal jurulatih.