P

P

KURSUS PERTOLONGAN CEMAS

POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH, BEHRANG. 25HB HINGGA 26HB NOVEMBER 2013. Kursus ini telah dianjurka oleh bahagian latihan PSAS.

KEMPEN KESIHATAN DAN DERMA DARAH

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS. 23HB NOVEMBER 2013. Program ini telah dijalankan oleh kursus bsmm dibawah Pusat Ko UPSI.

MESYUARAT AGUNG BSMM UPSI

Universiti Pendidikan Sultan Idris, 4hb Oktober 2013M. Mesyuarat Agung Tahunan telah dijalankan bagi melantik ahli jawatankuasa BSMM bagi sesi 2013 / 2014.

KEM SUKARELAAN KANAK-KANAK

SK Seri Besout, Sungkai. 20hb hingga 22hb September 2013M. Unit Kanak-kanak dengan kerjasama Unit Latihan, telah menjalankan satu program berbentuk kem kepada anggota unit kanak-kanak di kawasan PPD Batang Padang.

PROGRAM PEMBELIAN BUBUR LAMBUK

Program ini dijalankan pada 20hb Julai 2013M, sabtu. Program ini telah dijalankan dikawasan Tanjong Malim dan Jabatan Kerajaan sekitar Tanjong Malim.

Jumaat, 27 Jun 2008

KEM DWI DAN PERTANDINGAN PERTOLONGAN CEMAS



SK TANJONG MALIM, 20hb hingga 22 Jun 2008. Satu program telah dijalankan bagi memenuhi aktiviti tahunan BSMM Cabang Tanjong Malim Slim River. Program ini telah dianjurkan oleh Bahagian Latihan, Belia dan Kanan-kanak dengan kerjasama BSMM cabang. Program ini bertujuan menguji kecekapan anggota di dalam ilmu pertolongan cemas dan ilmu perkhemahan.










Perkhemahan ini telah di rasmikan oleh Yang Amat Berbahgia Orang Kaya-kaya Panglima Bukit Gantang Dato' Seri Yeop Junior bin Yeop Adlan. Turut hadir bersama Yang Berusaha Tn Hj Abdul Kadir, Guru Besar SK Tanjong Malim, Perak. Perkhemahan ini telah dijalankan selama 3 hari 2 malam yang disertai seramai 178 orang anggota unit belia dan unit kanak-kanak. Pada perasmian penutup pula dirasmikan oleh Yang Berusaha Tn Haji Mohammad, Penolong Pengarah Belia dan Kanak-kanak BSMM Cawangan Perak. Diharap Program sebegini dapat dijalankan dengan jayanya pada masa hadapan. ADMIN.


Selasa, 17 Jun 2008

ULANG TAHUN BSMM KE-60















DATARAN BANDARAYA IPOH, IPOH, 15hb Jun 2008. Perbarisan Ulang Tahun BSMM Ke-60 Hari Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Sedunia telah berlangsung dengan jayanya oleh semua ahli yang terlibat. Menjunjung kasih Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak Darul Ridzuan Raja Nazrin Shah Ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah kerana mencemar duli ke Perbarisan ualang tahun BSMM Ke-60. Turut hadir bersama YAB Menteri Besar Perak dan Isteri.










Di dalam majlis tersebut, penyampaian Anugerah BSMM telah disempurnakan oleh DYTM Raja Muda Perak. Tahniah diucapkan kepada semua anggota yang telah mendapat Pingat Jasa Terpuji ( PJT ). Pihak BSMM Cabang Tanjong Malim / Slim River ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua ahli BSMM dan VAD 55 kerana dapat mengharumkan nama cabang di peringkat negeri. Semoga program sebegini dapat dijalankan pada masa yang mendatang. ADMIN.