P

P

KURSUS PERTOLONGAN CEMAS

POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH, BEHRANG. 25HB HINGGA 26HB NOVEMBER 2013. Kursus ini telah dianjurka oleh bahagian latihan PSAS.

KEMPEN KESIHATAN DAN DERMA DARAH

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS. 23HB NOVEMBER 2013. Program ini telah dijalankan oleh kursus bsmm dibawah Pusat Ko UPSI.

MESYUARAT AGUNG BSMM UPSI

Universiti Pendidikan Sultan Idris, 4hb Oktober 2013M. Mesyuarat Agung Tahunan telah dijalankan bagi melantik ahli jawatankuasa BSMM bagi sesi 2013 / 2014.

KEM SUKARELAAN KANAK-KANAK

SK Seri Besout, Sungkai. 20hb hingga 22hb September 2013M. Unit Kanak-kanak dengan kerjasama Unit Latihan, telah menjalankan satu program berbentuk kem kepada anggota unit kanak-kanak di kawasan PPD Batang Padang.

PROGRAM PEMBELIAN BUBUR LAMBUK

Program ini dijalankan pada 20hb Julai 2013M, sabtu. Program ini telah dijalankan dikawasan Tanjong Malim dan Jabatan Kerajaan sekitar Tanjong Malim.

Jumaat, 28 November 2008

PEPERIKSAAN BERTULIS PENTADBIRAN

SLIM RIVER, Pejabat Agama Islam. Seramai 20 orang calon telah menduduki peperiksaan pentadbiran dan menjalankan amali kaedah mengajar. Kursus ini telah ditutup rasmi oleh wakil rasmi pengerusi Lt. Kolonel Abd Malek bin Selamat, Naib Pengerusi 1. Semoga kesemua bakal jurulatih dapat menabur bakti kepada masyarakat pada masa mendatang.


.:calon sedang menjawab soalan:.


.:amali kaedah mengajar:.

Khamis, 27 November 2008

BERTUGAS DI SUKAN POLITEKNIK SULTAN AZALAN SHAH

BEHRANG STESEN, Politeknik Sultan Azlan Shah, seramai 10 orang anggota VAD 55 dan VAD 49 bertugas sukan pandu arah peringkat kebangsaan (antara politeknik). Pasukan ini diketuai oleh Lt. Mohd Fadris bin Mohd Taufik. ADMIN.

KURSUS YANG DIANJURKAN OLEH ICRC

IPOH, Satu kursus yang di anjurkan oleh ICRC Kuala Lumpur. Kursus ini bertujuan memberi pendedahan kepada perwakilan cawangan dan perwakilan cabang bagi program pemulihan dan pertalian kekeluargaan. Kursus ini di taja sepenuhnya oleh ICRC Kuala Lumpur. Program ini adalah untuk menghubungkan keluarga yang telah terputus hubungan dengan ahli keluarga yang lain yang terpisah melalui peperangan, bencana alam dan konflik di dalam sebuah negara. Pihak cabang telah menghantar seorang perwakilan iaitu Mejor Muhammad Fais bin Jamil, Setiausaha Kehormat cabang. ADMIN.

Ahad, 2 November 2008

KURSUS PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN PERSATUAN



.:klip video kursus:.

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KHIR JOHARI, 02hb November 2008. Seramai 20 orang peserta yang terdiri daripada pegawai, anggota UBS dan ahli biasa.

.: perbincangan antara peserta di dalam LDK:.


.:kumpulan yellow sedang berbincang bajet program:.

Kursus ini bertujuaan untuk memberi pendedahan tentang perundangan BSMM kepada ahli. Kursus ini juga adalah kursus yang terakhir bagi peserta jurulatih fasa 2 yang telah mengikuti kursus selama 3 tahun.

.:kekusyukan Mejor Hamidi dan UBS Jawa:.


Bagi bakal jurulatih yang bukan guru pula akan mengambil satu lagi kursus bagi melengkapakan syarat menjadi jurulatih penuh, iaitu kursus kaedah menagajar.

.:wajah-wajah bakal jurulatih:.

Semoga berjaya kepada semua bakal-bakal jurulatih. ADMIN.