P

P

KURSUS PERTOLONGAN CEMAS

POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH, BEHRANG. 25HB HINGGA 26HB NOVEMBER 2013. Kursus ini telah dianjurka oleh bahagian latihan PSAS.

KEMPEN KESIHATAN DAN DERMA DARAH

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS. 23HB NOVEMBER 2013. Program ini telah dijalankan oleh kursus bsmm dibawah Pusat Ko UPSI.

MESYUARAT AGUNG BSMM UPSI

Universiti Pendidikan Sultan Idris, 4hb Oktober 2013M. Mesyuarat Agung Tahunan telah dijalankan bagi melantik ahli jawatankuasa BSMM bagi sesi 2013 / 2014.

KEM SUKARELAAN KANAK-KANAK

SK Seri Besout, Sungkai. 20hb hingga 22hb September 2013M. Unit Kanak-kanak dengan kerjasama Unit Latihan, telah menjalankan satu program berbentuk kem kepada anggota unit kanak-kanak di kawasan PPD Batang Padang.

PROGRAM PEMBELIAN BUBUR LAMBUK

Program ini dijalankan pada 20hb Julai 2013M, sabtu. Program ini telah dijalankan dikawasan Tanjong Malim dan Jabatan Kerajaan sekitar Tanjong Malim.

Selasa, 27 Januari 2009

KURSUS PENGURUSAN PERSATUAN

24hb hingga 26hb Januari 2009. Kelantan. Majlis Belia Daerah Kecil Slim River Tanjong Malim telah menganjurkan satu kursus Pengurusan Persatuan yang telah dijalankan selama 3 hari 2 malam di Redal Hotel, Kelantan. Pihak persatuan telah menghantar empat orang perwakilan iaitu Mejor Muhammad Fais bin Jamil, Mejor Mohd Hayadi bin Abd. Ghani, YM LTM Raja Mohamad Azahar dan UBS Mohd Faizal. Di kursus ini telah dibentangkan 4 kertas kerja dari setiap badan gabungan di bawah MBD. Resolusi telah dicapai, iaitu setiap persatuan dapat bantuan keupayaan sebanyak RM500.00. ADMIN

.:YDP MBD menyerahkan duit keupayaan kepada persatuan:.

.:gambar beramai-ramai bersama perwakilan badan gabungan:.

.:antara perwakilan yang menghadiri kursus tersebut:.

Khamis, 1 Januari 2009

CERAMAH DAN KEMPEN CEGAH HIV &AIDS

28hb DISEMBER 2009. Ibu Pejabat Cawangan perak. IPC Perak telah menganjurkan satu ceramah dan kempen cegah HIV & AIDS peringkat negeri. Bagi pihak cabang telah diwakili seramai 8 orang peserta termasuk pengerusi. Antara peserta yang terlibat adalah YDH Toh Tan Dewa Sakti Kolonel Dr. Hj Ghazali Abdul Wahab, Mejor Mohamad Fais, Kapten Asraf, LT. Mohd Fadris, YM LTM Raja Azahar, UBS Abdul Rohim dan UBS Hazwani. Program ini telah dirasmikan oleh Mejor Jeneral Datuk Bahari, Naib Pengerusi Kebangsaan. Turut hadir Briged Jeneral Datuk Akram, Timbalan Pengerusi BSMM Cawangan Perak. Antara program yang dijalankan adalah, pameran tentang HIV dan AIDS dan ceramah yang disampaikan oleh pegawai perubatan kehormat cawangan. Diharap program ini dapat memberi imput yang berguna kepada pesarta dan masyarakat.

.:kenangan gambar beramai-ramai:.

.:perwakilan cabang tekun mendengar ceramah:.

.:lawatan ke tapak pameran oleh Datuk Bahari:.