P

P

KURSUS PERTOLONGAN CEMAS

POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH, BEHRANG. 25HB HINGGA 26HB NOVEMBER 2013. Kursus ini telah dianjurka oleh bahagian latihan PSAS.

KEMPEN KESIHATAN DAN DERMA DARAH

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS. 23HB NOVEMBER 2013. Program ini telah dijalankan oleh kursus bsmm dibawah Pusat Ko UPSI.

MESYUARAT AGUNG BSMM UPSI

Universiti Pendidikan Sultan Idris, 4hb Oktober 2013M. Mesyuarat Agung Tahunan telah dijalankan bagi melantik ahli jawatankuasa BSMM bagi sesi 2013 / 2014.

KEM SUKARELAAN KANAK-KANAK

SK Seri Besout, Sungkai. 20hb hingga 22hb September 2013M. Unit Kanak-kanak dengan kerjasama Unit Latihan, telah menjalankan satu program berbentuk kem kepada anggota unit kanak-kanak di kawasan PPD Batang Padang.

PROGRAM PEMBELIAN BUBUR LAMBUK

Program ini dijalankan pada 20hb Julai 2013M, sabtu. Program ini telah dijalankan dikawasan Tanjong Malim dan Jabatan Kerajaan sekitar Tanjong Malim.

Khamis, 1 April 2010

MAJLIS PERASMIAN MESYUARAT AGONG KALI KE-39 DAN PENUTUPAN KEM REKRUT DAN UJIAN KENAIKAN PANGKAT

28hb March 2010, Ahad, SM Vokasional Slim River telah di adakan satu majlis perasmian Mesyuarat Agong kali ke-39 dan Pentupan Kem Rekrut dan Ujian Kenaikan Pangkat yang di rasmikan oleh Yang Berusaha Dr. Choo, Pegawai Perubatan kehormat BSMM Cawangan Perak mewakili Yang Berbahagia Dato' Ismail bin Shah Bodin, Pengerusi BSMM Cawangan Perak. Turut hadir bersama Pengerusi BSMM Cabang Batang Padang dan Penolong Pengarah BSMM Cawangan Perak. Dalam majlis ini seramai 200 orang anggota lain-lain pangkat dan 20 orang pegawai turut serta bagi menjayakan program pada kali ini. Pada kali ini di sampaikan Pingat Perkhidmatan Lama dan Pingat Jasa Terpuji kepada nggota yang telah berkhidmat dengan cemerlang, tahniah diucapkan.

.:Penerima Pingat Perkhidmatan Lama, PPL : Kolonel Dr. Hj Ghazali:.

.:Penerima Pingat Perkhidmatan Lama, PPL dan PJT, Pingat Jasa Terpuji : Lt. Kolonel Abd Malek bin Selamat:.

.:Penerima Pingat Perkhidmatan Lama, PPL : Lt. Kolonel Che' Ri:.



.:Penerima Pingat Perkhidmatan Lama, PPL : Mejar Hashim Dahalan:.