P

P

Selasa, 5 Januari 2010

JELAJAH DENAI RAJA ASAL DAN MAT KILAU

Pada 25hb hingga 27hb Disember 2009, BSMM Cabang Tanjong Malim Slim River telah bertugas diprogram ekspidisi jelajah belia yang anjurkan oleh Persatuan Belia Slim Village.

Seramai 14 orang petugas BSMM mengikuti program tersebut. Jumlah pesrta yang mengikuti program ini seramai 300 orang peserta dan 100 petugas yang terdiri dari pada BSMM, SMART, RELA dan Pejabat Kesihatan Batang Padang.

Program ini dimulakan di Kampung Lintah Slim Village. Pada petang 25hb, dijalankan majlis peramian yang dirasmikan oleh EXCO Belia dan Sukan Perak. Pada hari pertama kesemua anggota bermalam di SK POS Berseh dan pada hari keduanya ekspidisi tersebut dijalankan.

Kesemua peserta telah selamat sampai di POS Buntuh, Pahang pada jam 9.30 malam. Di situ kesemua peserta tidur di dalam khemah. Pada 27hb kesemua peserta pulang menaiki bas ke Tanjong Malim. Jumlah Jarak perjalanan berjalan kaki adalah 30 km dan 8 jam perjalanan.

Antara petugas yang terlibat adalah:-
di dalam hutan.
- Mejar Hashim.
- Kapten Khirul Asraf.
- Lt. Mohd Fadris.
- LTM Raja Azahar.
- UBS Mie.
- UBS Najib.
- UBS Sam.
- UBS Bam.
- UBS Hasnah.
- Ustaz Rosmidi.

Di Pahang:-
- Mejar Mohamad Fais
- Kapten Che ri'
- Lt. Noor Azrie

Taniah kepada semua anggota yang bertugas.














0 comments: