P

P

KURSUS PERTOLONGAN CEMAS

POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH, BEHRANG. 25HB HINGGA 26HB NOVEMBER 2013. Kursus ini telah dianjurka oleh bahagian latihan PSAS.

KEMPEN KESIHATAN DAN DERMA DARAH

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS. 23HB NOVEMBER 2013. Program ini telah dijalankan oleh kursus bsmm dibawah Pusat Ko UPSI.

MESYUARAT AGUNG BSMM UPSI

Universiti Pendidikan Sultan Idris, 4hb Oktober 2013M. Mesyuarat Agung Tahunan telah dijalankan bagi melantik ahli jawatankuasa BSMM bagi sesi 2013 / 2014.

KEM SUKARELAAN KANAK-KANAK

SK Seri Besout, Sungkai. 20hb hingga 22hb September 2013M. Unit Kanak-kanak dengan kerjasama Unit Latihan, telah menjalankan satu program berbentuk kem kepada anggota unit kanak-kanak di kawasan PPD Batang Padang.

PROGRAM PEMBELIAN BUBUR LAMBUK

Program ini dijalankan pada 20hb Julai 2013M, sabtu. Program ini telah dijalankan dikawasan Tanjong Malim dan Jabatan Kerajaan sekitar Tanjong Malim.

Memaparkan catatan dengan label Peristiwa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Peristiwa. Papar semua catatan

Khamis, 18 Oktober 2012

Mesyuarat Agong MBD 2012

Mesyuarat Agong Majlis Belia Daerah Kecil Slim River / Tanjong Malim yang diadakan di Hotel Putra Palace, kangar Perlis. Tahniah kepada mereka yang telah dilantik sebagai jawatankuasa baru MBD. Untuk pengetahuan semua Mejor Muhammad Fais bin Jamil, Setiausaha Kehormat Cabang telah di lantik sebagai yang dipertua Majlis Belia Daerah Kecil Slim River / Tanjong Malim yang mana telah menang tanpa bertanding. Pihak persatuan mengucapkan tahniah dan selamat menjalankan tugas.





Rabu, 16 Mei 2012

Khamis, 10 Mei 2012

Corat coret Pegawai Kadet Universiti Pendidikan Sultan Idris






Selasa, 8 Mei 2012

KEM REKRUT DAN UJIAN KENAIKAN PANGKAT UNIT BELIA






KENANGAN LAWATAN KE PMI BINTAN, INDONESIA





Program ini telah disertai seramai 15 orang anggota dan 10 ahli Majlis Belia Daerah Kecil Slim River / Tanjong Malim. Program ini telah berjalan selama 4 hari 3 malam dengan menaiki Bas di semanjung dan bot dari Malaysia ke Indonesia

Isnin, 28 Jun 2010

Kem Dwi 2010

25hb hingga 27hb Jun 2010, SMK Agama Slim River. Kem Dwi Tahunan dan Pertandingan Pertolongan Cemas peringkat Cabang Tanjong Malim / Slim River. Kem ini telah disertai 9 pasukan unit belia dan 6 pasukan unit kanak-kanak.

Pertandingan ini telah dirasmikan oleh Tuan Pegawai Pelajaran Daerah Batang Padang. Pada pertandingan kali 4 ketegori telah ditawarkan iaitu kategori belia lelaki, belia perempuan, kanak-kanak lelaki dan kanak-kanak perempuan. Bagi kategori belia lelaki dan perempuan telah diungguli oleh SMK Agama Slim River mana kala unit kanak-kanak pula, perempuan dimenangi oleh SK Seri Besout dan lelaki SK Tanjong Malim. Tahniah diucapkan.


.:kawad kaki:.

.:Bandaging Relay:.

.:Team Test:.



.:malam kebudayaan:.


.:kenangan peserta:.

.:ketibaan perasmi:.

.:melawat tapak khemah:.


.:Johan belia lelaki:.

Khamis, 1 April 2010

MAJLIS PERASMIAN MESYUARAT AGONG KALI KE-39 DAN PENUTUPAN KEM REKRUT DAN UJIAN KENAIKAN PANGKAT

28hb March 2010, Ahad, SM Vokasional Slim River telah di adakan satu majlis perasmian Mesyuarat Agong kali ke-39 dan Pentupan Kem Rekrut dan Ujian Kenaikan Pangkat yang di rasmikan oleh Yang Berusaha Dr. Choo, Pegawai Perubatan kehormat BSMM Cawangan Perak mewakili Yang Berbahagia Dato' Ismail bin Shah Bodin, Pengerusi BSMM Cawangan Perak. Turut hadir bersama Pengerusi BSMM Cabang Batang Padang dan Penolong Pengarah BSMM Cawangan Perak. Dalam majlis ini seramai 200 orang anggota lain-lain pangkat dan 20 orang pegawai turut serta bagi menjayakan program pada kali ini. Pada kali ini di sampaikan Pingat Perkhidmatan Lama dan Pingat Jasa Terpuji kepada nggota yang telah berkhidmat dengan cemerlang, tahniah diucapkan.

.:Penerima Pingat Perkhidmatan Lama, PPL : Kolonel Dr. Hj Ghazali:.

.:Penerima Pingat Perkhidmatan Lama, PPL dan PJT, Pingat Jasa Terpuji : Lt. Kolonel Abd Malek bin Selamat:.

.:Penerima Pingat Perkhidmatan Lama, PPL : Lt. Kolonel Che' Ri:.



.:Penerima Pingat Perkhidmatan Lama, PPL : Mejar Hashim Dahalan:.

Isnin, 26 Oktober 2009

UJIAN BSMM KEPADA PEGAWAI KADET

Pada 24hb Oktober 2009 telah dijalankan satu program, Ujian BSMM kepada pegawai kadet UPSI. Antara ujian yang telah dijalankan adalah:-
- Ujian kawad kaki.
- Ujian praktikel.
- Ujian kenaikan pangkat.
- Ujian bertulis.
seramai lebih kurang 300 orang terlibat termasuk pegawai penilai bagi menjayakan ujian ini. Ujian ini diketuai oleh Mejar Mohd Hayadi bin Abd Ghani, Pegawai Penjaga Latihan Cabang. Antara penilai yang terlibat adalah:-
- Lt. Kolonel Abd Malek bin Selamat (bertulis).
- Lt. Kolonel Alias bin Haron (bertulis).
- Mejar Muhammad Fais bin Jamil (kawad dan kenaikan pangkat).
- Mejar Anuar bin Salleh (kawad dan kenaikan pangkat).
- Mejar Mohd Hayadi bin Abd Ghani (peraktikel dan bertulis).
- Kapten Che' Ri (kawad dan ujian kenaikan pangkat).
- Kapten Mohd Idzham (pratikel dan bertulis).
- Lt. Mohd Fardris bin Mohd Taugfik (kawad dan kenaikan pangkat).
- Cikgu Firdaus (praktikel dan pangkat).






Rabu, 14 Oktober 2009

LATIHAN BSMM DI UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

Pada masa kini pihak cabang giat melatih pegawai kadet BSMM UPSI bagi melahirkan Penolong Pegawai Belia dan Kanak-kanak. Dengan adanya program berkenaan, dapat membantu pihak pengurusan sekolah bagi menjalankan aktiviti BSMM mengikut kurikulum BSMM yang terkini. Kini pihak cabang sedang melatih seramai 200 orang pegawai kadet BSMM. Pada tanggal 25hb Oktober 2009, akan diadakan satu acara Pentauliahan Pegawai BSMM di SMK Khir Johari yang akan disempurnakan ole YAB Menteri Besar Perak. Seramai 136 orang pegawai kadet akan ditauliahkan menjadi pegawai BSMM di sekolah. Semoga mereka dapat menjadi seorang pegawai BSMM yang aktif di sekolah kelak.


.:Kursus 1st aider in every home:.