P

P

KURSUS PERTOLONGAN CEMAS

POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH, BEHRANG. 25HB HINGGA 26HB NOVEMBER 2013. Kursus ini telah dianjurka oleh bahagian latihan PSAS.

KEMPEN KESIHATAN DAN DERMA DARAH

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS. 23HB NOVEMBER 2013. Program ini telah dijalankan oleh kursus bsmm dibawah Pusat Ko UPSI.

MESYUARAT AGUNG BSMM UPSI

Universiti Pendidikan Sultan Idris, 4hb Oktober 2013M. Mesyuarat Agung Tahunan telah dijalankan bagi melantik ahli jawatankuasa BSMM bagi sesi 2013 / 2014.

KEM SUKARELAAN KANAK-KANAK

SK Seri Besout, Sungkai. 20hb hingga 22hb September 2013M. Unit Kanak-kanak dengan kerjasama Unit Latihan, telah menjalankan satu program berbentuk kem kepada anggota unit kanak-kanak di kawasan PPD Batang Padang.

PROGRAM PEMBELIAN BUBUR LAMBUK

Program ini dijalankan pada 20hb Julai 2013M, sabtu. Program ini telah dijalankan dikawasan Tanjong Malim dan Jabatan Kerajaan sekitar Tanjong Malim.

Isnin, 17 Jun 2013

Pertandingan kawad kaki peringkat Perak

16hb Jun 2013M. Sabtu. Tapah. Sebanyak 2 pasukan BSMM Cabang Tanjong Malim mewakili PPD Batang Padang ke pertandingan kawad kaki peringkat Negeri Perak. Pasukan lelaki anggota SMK Agama Slim River dan pasukan perempuan anggota SMK Khir Johari Tg Malim.

Antara pegawai terlibat adalah:-
1. Mejor Muhammad Fais - jurulatih
2. Kapten Mohd Gaddafi - pembantu jurulatih
3. Kapten Wan Jamaluddin - pengurus pasukan (P)
4. Mejor Mohd Anuar bin Salleh - penolong pengurus pasukan
5. Kapten Rabiyatul Adawiyah - Pengurua pasukan (L)

Turut hadir:-
1. Mejor Khairul Asraf
2. Kapten Mohd Fadris
3. Kapten Raja Azhar

Tahniah dan setinggi penghargaan diatas penyertaan pertandingan tersebut.

Jumaat, 7 Jun 2013

Mesyuarat pengurusan data IFRC

7hb Jun 2013M. Jumaat. Seramai tiga (3) orang pegawai telah menghadiri satu taklimat data base ahli bulan sabit merah yang dipantau selia oleh ICRC dan IFRC. Mulai tahun ini pendaftaran keahlian BSMM (MRCS) akan didaftar terus ke IFRC dan ICRC. Antara pegawai terlibat adalah:
1. Mejor Mohamad Fais bin Jamil
2. KPT Mohd Gaddafi bin Razali
3. KPT Norazizah binti Nordin
4. KPT Norashikin binti Zakariya.
Pendafaran keahlian terbahagi kepada ahli seumur hidup, ahli biasa, ahli belia dan ahli kanak kanak.