P

P

KURSUS PERTOLONGAN CEMAS

POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH, BEHRANG. 25HB HINGGA 26HB NOVEMBER 2013. Kursus ini telah dianjurka oleh bahagian latihan PSAS.

KEMPEN KESIHATAN DAN DERMA DARAH

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS. 23HB NOVEMBER 2013. Program ini telah dijalankan oleh kursus bsmm dibawah Pusat Ko UPSI.

MESYUARAT AGUNG BSMM UPSI

Universiti Pendidikan Sultan Idris, 4hb Oktober 2013M. Mesyuarat Agung Tahunan telah dijalankan bagi melantik ahli jawatankuasa BSMM bagi sesi 2013 / 2014.

KEM SUKARELAAN KANAK-KANAK

SK Seri Besout, Sungkai. 20hb hingga 22hb September 2013M. Unit Kanak-kanak dengan kerjasama Unit Latihan, telah menjalankan satu program berbentuk kem kepada anggota unit kanak-kanak di kawasan PPD Batang Padang.

PROGRAM PEMBELIAN BUBUR LAMBUK

Program ini dijalankan pada 20hb Julai 2013M, sabtu. Program ini telah dijalankan dikawasan Tanjong Malim dan Jabatan Kerajaan sekitar Tanjong Malim.

Sabtu, 31 Mei 2008

PERKAHWINAN

TANJONG MALIM, 31hb Mei 2008. Lt. Muda Nurhazwani telah melangsungkan perkahwinan dengan pasangan sehidup sematinya Sarjan Zul ( Tentera Udara Di Raja Malaysia ). Sempena sambutan 50 TUDM beliau telah diijab kabulkan dengan izin ALLAH. Semoga mendapat anak yang soleh dan solehah dan kekal sehingga akhir ayat dan bertemu kembali di pintu syurga, insya' ALLAH. Tahniah. ADMIN.

KAWAD KAKI PERINGKAT KEBANGSAAN










PUTRAJAYA, 23hb hingga 25 hb Mei 2008.
Kawad kaki peringkat kebangsaan telah di jalankan di Wilayah Persekutuan Putrajaya. Kontijen negeri Perak telah diwakili oleh BSMM Cabang Tanjong Malim / Slim River. Pasukan tersebut adalah pasukan unit belia dari SMK Agama Slim River ( kategori lelaki ), SMK Khir Johari ( kategori perempuan ).

Turut hadir ke pertandingan tersebut Toh Tan Dewa Sakti Kolonel Dr. Hj Ghazali bin Abdul Wahab, Pengerusi BSMMTMSR. Pengurus pasukan bagi kedua-dua pasukan adalah Mejor Mohd Anuar Salleh dan Kapten Rabiatul Adawiyah. Jurulatih yang terlibat adalah Mejor Muhammad Fais Jamil, Mejor Mohd Hayadi abd Ghani, Staf Sarjan Mohd Fadris dan YM Sarjan Raja Azahar.









Pada tahun ini pertandingan melibatkan semua kategori, iaitu KRS, GO dan NGO. Pertandingan kali ini telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia. Tahun ini keputusan tidak menyelebelahi kontijen Negeri Perak. semoga di masa akan datang kedua-dua pasukan lelaki dan perempuan ini dapat membuktikan kepada persatuan. Kalian hebat. ADMIN.

Selasa, 20 Mei 2008

LATIHAN BERPUSAT

SMK KHIR JOHARI 16HB HINGGA 19HB MEI 2008. Dua pasukan kawad kaki kontijen negri perak telah berkampung di sekolah ini. Latihan ini telah diuruskan oleh Mejor Mohd Anuar bersama Kapten Rabiatul Adawiyah. Jurulatih yang terlibat; diketuai oleh Mejor Muhammad Fais dan dibantu oleh Mejor Mohd Hayadi, Kapten Mohd Idzham, Staf Sarjan Mohd Fadris, Sarjan Khairil Johari, Sarjan Noor Azeri dan Sarjan YM Raja Azahar. Latihan ini bertujuan persediaan bagi pertandingan kawad kaki NGO, anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia. YDH Toh Tan Dewa Sakti Kolonel Dr Hj Ghazali, Lt. Kolonel Abd Malek dan Lt Kolonel Alias Haron telah membuat lawatan bagi memastikan pelacaran latihan tersebut. Dari pihak Admin semoga kalian berjaya.

SAMBUTAN BAYI LAHIR PADA HARI BSMM





HOSPITAL SLIM RIVER, 18HB MEI 2008. Seramai 2 orang bayi yang telah lahir pada tarikh keramat BSMM iaitu tarikh wujudnya Palang Merah dan Bulan Sabit Merah. Pada kali ini semua AJK telah hadir bersama bagi meraikan bayi tersebut. YDH Toh Tan Dewa Sakti telah memberi sumbangan hadiah sejumlah RM200.00. Tahniah kepada ibu yang melahirkan bayi BSMM.

PERJUMPAAN DENGAN ONG KA CHUAN

SLIM RIVER, 14HB MEI 2008. Ahli jawatankuasa cabang yang diketuai oleh YDH Toh Tan Dewa Sakti Dr Hj Ghazali telah bertemu dengan YB Dato' Ong Ka Chuan, Ahli Parlimen Kawasan Tanjong Malim. Tujuan rombongan ini adalah mendapat sokongan dan sumbangan bagi membiayai sebuah bangunan Bulan Sabit Merah Malaysia Cabang Tanjong Malim / Slim River. Semoga dengan adanya perjumpaan ini sebagai satu titik tolak perkembangan BSMMTMSR bagi masa yang mendatang.

Jumaat, 9 Mei 2008

KAWAD KAKI



MANJUNG. 8HB MEI 2008. Dua pasukan unit belia telah bertanding di pertandingan kawad kaki NGO anjuran Jabatan Pelajaran Negeri Perak, Kemeneterian Pelajaran Malaysia. Antara pasukan yang telah mewakili daerah Batang Padang ialah SMK Agama Slim River, kategori lelaki dan SMK Khir Johari Tanjong Malim, Kategori perempuan. Kedua-dua pasukan ini telah memperolehi johan negeri dan akan mewakili negeri perak ke peringkat kebangsaan yang akan dijalankan di Putrajaya, Wilayah Putrajaya. Semoga kedua-dua pasukan ini akan membawa pulang piala kemenangan bagi BSMM. Tahniah............