P

P

KURSUS PERTOLONGAN CEMAS

POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH, BEHRANG. 25HB HINGGA 26HB NOVEMBER 2013. Kursus ini telah dianjurka oleh bahagian latihan PSAS.

KEMPEN KESIHATAN DAN DERMA DARAH

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS. 23HB NOVEMBER 2013. Program ini telah dijalankan oleh kursus bsmm dibawah Pusat Ko UPSI.

MESYUARAT AGUNG BSMM UPSI

Universiti Pendidikan Sultan Idris, 4hb Oktober 2013M. Mesyuarat Agung Tahunan telah dijalankan bagi melantik ahli jawatankuasa BSMM bagi sesi 2013 / 2014.

KEM SUKARELAAN KANAK-KANAK

SK Seri Besout, Sungkai. 20hb hingga 22hb September 2013M. Unit Kanak-kanak dengan kerjasama Unit Latihan, telah menjalankan satu program berbentuk kem kepada anggota unit kanak-kanak di kawasan PPD Batang Padang.

PROGRAM PEMBELIAN BUBUR LAMBUK

Program ini dijalankan pada 20hb Julai 2013M, sabtu. Program ini telah dijalankan dikawasan Tanjong Malim dan Jabatan Kerajaan sekitar Tanjong Malim.

Rabu, 4 Disember 2013

KURSUS PERTOLONGAN CEMAS ASAS DAN CPR

POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH, BEHRANG. 25HB HINGGA 26HB NOVEMBER 2013. Kursus ini telah dianjurka  oleh bahagian latihan PSAS. Antara jurulatih yang terlibat adalah En Mohamad Fais bin Jamil dan En Sokkiah a/l Nadeson.



KEMPEN KESIHATAN DAN PROGRAM DERMA DARAH

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS. 23HB NOVEMBER 2013. Program ini telah dijalankan oleh kursus bsmm dibawah Pusat Ko UPSI. Ianya telah dijalankan dengan kerjasama BSMM Cabang Tanjong Malim, Hospital Slim River dan Pusat Ko UPSI. Sebanyak 40 beg penderma telah diperolehi sepanjang program yang telah dijalankan. Program ini telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Pengetua Kolej Ungku Omar. Turut hadir LT Kolonel Mohd Hayadi bin Abd Ghani, Timbalan Pengerusi cabang.




Isnin, 7 Oktober 2013

MESYUARAT AGUNG BSMM UPSI

Universiti Pendidikan Sultan Idris, 4hb Oktober 2013M. Mesyuarat Agung Tahunan telah dijalankan bagi melantik ahli jawatankuasa BSMM bagi sesi 2013 / 2014. Mesyuarat ini telah dirasmikan oleh LT Kolonel Dr Safina, Ketua Penasihat BSMM UPSI. Manakala Mejor Mohamad Fais bin Jamil., PJK., PJT., PPL telah mewakili Timbalan Pengerusi BSMM untuk hadir ke mesyuarat tersebut. Diharap kepimpinan baru dapat menjalankan aktiviti yang lebih menarik dan inovatif. Semoga maju jaya.

 Gambar 1: Antara tetamu yang hadir

 Gambar 2: LT Kolonel DR Safina, Ketua Penasihat BSMM UPSI

 Gambar 3: Mantan Pengerusi BSMM UPSI

Gambar 4: Ucapan sulung Pengerusi BSMM yang Baru

KEM SUKARELWAN KANAK-KANAK 2013

SK Seri Besout, Sungkai. 20hb hingga 22hb September 2013M. Unit Kanak-kanak dengan kerjasama Unit Latihan, telah menjalankan satu program berbentuk kem kepada anggota unit kanak-kanak di kawasan PPD Batang Padang. Program ini dijalankan dengan kerjasama Pejabat Pelajaran Daerah Batang Padang. Serami 60 orang peserta dari sekolah sekolah rendah di daerah ini. Program ini telah dirasmikan oleh LT Kolonel Mohd Hayadi bin Abd Ghani., PJT(B), PPL, Timbalan Pengerusi BSMM Cabang Tanjong Malim / Slim River. Program ini dijalankan selama 3 hari 2 malam. Kem ini telah dikendalikan dibawah pengawasan PK(VAD)49 Besout. Semoga program ini akan dijalankan sebagai aktiviti tahunan.


Gambar 1: Pemakaian Pangkat KPT Ismail, Komanden PK(VAD)49 Besout



Gambar 2 : LT Kolonel Mohd Hayadi bin Abd Ghani, Tmbalan Pengerusi BSMM Cabang


Selasa, 20 Ogos 2013

Lawatan dan penyampaian wang bantuan kepada anggota

Seramai 12 anggota bermotor Bulan Sabit Merah Tanjong Malim melawat salah seorang anggota PK(VAD) 55 yang mengalami kemalangan jalanraya pada hari raya aidilfitri. Keadaan beliau selamat dan mengalami patah tulang tangan dan patah tulang rusuk. Beliau juga menerima 11 jahitan dikepala akibat kemalangan tersebut. Semoga Sam cepat sembuh

Isnin, 22 Julai 2013

Program pemberian bubur lambuk

Program ini dijalankan pada 20hb Julai 2013M, sabtu. Program ini telah dijalankan dikawasan Tanjong Malim dan Jabatan Kerajaan sekitar Tanjong Malim. Terima kasih kepada individu yg telah menyumbang bagi menjayakan program ini. Antara yang menyumbang adalah:-
1. LT Kolonel Che Ri
2. Mejor Halmi Miswan
3. RFH Enterprise

Selasa, 2 Julai 2013

BSMM Cabang Bertugas Bersama IPK Di Cup Prix

29hb hingga 30hb Jun 2013M. Teluk Intan. Seramai 8 anggota PK(VAD) 49 dan PK(VAD) 55 bertugas bersama dengan anggota IPK di Cup Prix Teluk Intan. Kumpulan ini diketuai oleh Kapten Noorazrie bin Dahari.

Makan Malam Anjuran IPK Kebangsaan

29hb jun 2013M. Ibu Pejabat Kebangsaan. Seramai 4 orang pegawai BSMM Cabang Tanjong Malim telah dipilih oleh BSMM Cawangan Perak memenuhi jemputan ke jamuan makan malam di IPK. Antara pegawai berkenaan adalah:-
1. LT Kolonel Mohf Hayadi bin Abd Ghani
2. Mejor Muhammad Fais bin Jamil
3. Kapten N. Sokkiah
4. Kapten Mohd Gaddafi bin Razali

Isnin, 17 Jun 2013

Pertandingan kawad kaki peringkat Perak

16hb Jun 2013M. Sabtu. Tapah. Sebanyak 2 pasukan BSMM Cabang Tanjong Malim mewakili PPD Batang Padang ke pertandingan kawad kaki peringkat Negeri Perak. Pasukan lelaki anggota SMK Agama Slim River dan pasukan perempuan anggota SMK Khir Johari Tg Malim.

Antara pegawai terlibat adalah:-
1. Mejor Muhammad Fais - jurulatih
2. Kapten Mohd Gaddafi - pembantu jurulatih
3. Kapten Wan Jamaluddin - pengurus pasukan (P)
4. Mejor Mohd Anuar bin Salleh - penolong pengurus pasukan
5. Kapten Rabiyatul Adawiyah - Pengurua pasukan (L)

Turut hadir:-
1. Mejor Khairul Asraf
2. Kapten Mohd Fadris
3. Kapten Raja Azhar

Tahniah dan setinggi penghargaan diatas penyertaan pertandingan tersebut.

Jumaat, 7 Jun 2013

Mesyuarat pengurusan data IFRC

7hb Jun 2013M. Jumaat. Seramai tiga (3) orang pegawai telah menghadiri satu taklimat data base ahli bulan sabit merah yang dipantau selia oleh ICRC dan IFRC. Mulai tahun ini pendaftaran keahlian BSMM (MRCS) akan didaftar terus ke IFRC dan ICRC. Antara pegawai terlibat adalah:
1. Mejor Mohamad Fais bin Jamil
2. KPT Mohd Gaddafi bin Razali
3. KPT Norazizah binti Nordin
4. KPT Norashikin binti Zakariya.
Pendafaran keahlian terbahagi kepada ahli seumur hidup, ahli biasa, ahli belia dan ahli kanak kanak.

Jumaat, 31 Mei 2013

Pengerusi cabang

Kolonel Abd Malek bin Selamat

Pengerusi cabang

Kolonel Abd Malek bin Selamat

Rabu, 29 Mei 2013

Kursus pertolongan cemas BSMM UPSI

Kursus pertolongan cemas ini di bawah bimbingan Mejor Mohammad Fais bin Jamil. Kursus ini dijalankan kepada pelajar UPSI yang mengambil subjek BSMM1 dimana subjek ini akan dinilai 1 jam mata kredit. Subjek ini dibawah seliaan Pusat Ko Universiti Pendidikan Sultan Idris. Tahniah kepada semua peserta. Turut membantu Kapten Gadaffi dan Kapten N. Sokkiah

Isnin, 4 Mac 2013

Borang Pendaftaran Kem Lencana Kecekapan

Rabu, 27 Februari 2013

Kem Kenaikan Pangkat dan kem Kepimpinan

           22 Febuari 2013- 24 Febuari 2013, bertempat di Sek.Men,Keb. Agama Slim River. Telah diadakan satu Perkhemahan Kem Kenaikan Pangkat dan Kem Kepinpinan , yang yang melibatkan seramai 151 orang peserta unit belia dari sekitar Daerah Batang Padang. Perkhemahan ini juga turut dibantu oleh Guru - guru Penasihat Sekolah, VAD 55, VAD 49, VAD 56, VAD 58, PKY146, Staf Praktikal, dan ahli-ahli  Jawatankuasa Cabang Tanjong Malim/Slim River.Perasmian penutup telah di sempurnakan oleh LT Kolonel Mohd Hayadi bin Abd Ghani Timbalan Pengerusi BSMM Cabang Tanjong Malim/Slim River.