KURSUS PERTOLONGAN CEMAS
POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH, BEHRANG. 25HB HINGGA 26HB NOVEMBER 2013. Kursus ini telah dianjurka oleh bahagian latihan PSAS.
KEMPEN KESIHATAN DAN DERMA DARAH
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS. 23HB NOVEMBER 2013. Program ini telah dijalankan oleh kursus bsmm dibawah Pusat Ko UPSI.
MESYUARAT AGUNG BSMM UPSI
Universiti Pendidikan Sultan Idris, 4hb Oktober 2013M. Mesyuarat Agung Tahunan telah dijalankan bagi melantik ahli jawatankuasa BSMM bagi sesi 2013 / 2014.
KEM SUKARELAAN KANAK-KANAK
SK Seri Besout, Sungkai. 20hb hingga 22hb September 2013M. Unit Kanak-kanak dengan kerjasama Unit Latihan, telah menjalankan satu program berbentuk kem kepada anggota unit kanak-kanak di kawasan PPD Batang Padang.
PROGRAM PEMBELIAN BUBUR LAMBUK
Program ini dijalankan pada 20hb Julai 2013M, sabtu. Program ini telah dijalankan dikawasan Tanjong Malim dan Jabatan Kerajaan sekitar Tanjong Malim.
Sabtu, 11 Jun 2016
Sabtu, 21 Mei 2016
PAMERAN BSMM MUALLIM
SK AMINUDDIN BAKI, SLIM RIVER. 21HB MEI 2016. Satu karnival keusahawanan yang telah dianjurkan oleh pihak sekolah. Pihak BSMM Muallim telah mengambil bahagian dalam sektor pameran. Tujuan program ini dijalankan adalah membantu pihak sekolah untuk mengumpul dana pembinaan dewan terbuka sekolah. Semoga pihak sekolah beroleh pulangan yang lumayan.
Ahad, 8 Mei 2016
PROGRAM DERMA DARAH
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS, 8HB Mei 2016. Program derma darah ini dianjurkan oleh BSMM UPSI dan BSMM Daerah Muallim dengan kerjasama Pusat Kokurikulum UPSI dan Hospital Slim River. Program ini dirasmikan oleh Yang Berbahagia KOL. Haji Mohd Anuar Salleh, Timbalan Pengerusi Daerah Muallim. Berlangsung juga ceramah kesihatan yang disampaikan pegawai pemakanan Hospital Slim River, Cik Nurhamimah.
KURSUS PENDEDAHAN PERTOLONGAN CEMAS
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS, 7HB MEI 2016. Program penyebaran pertolongan cemas kepada masyarakat umum di sekitar Tanjong Malim. Program ini adalah anjuran BSMM UPSI bersama BSMM Daerah Muallim dengan kerjasama Pusat Kokurikulum UPSI. Program ini menyediakan 6 kelas pertolongan cemas yang melibatkan 180 orang peserta terlibat. Tahniah diucapkan kepada penganjur iaitu PK(VAD)58, UPSI
Selasa, 3 Mei 2016
KEMPEN DERMA DARAH
BSMM: Program Derma Darah
Tarikh: 8hb Mei, Ahad
Masa: 9.00 pagi
Tempat: Dewan Kolej Harun Aminurasid, UPSI
Anjuran: VAD58 UPSI
Semua dijemput hadir
UJIAN AMALI PERTOLONGAN CEMAS
UPSI. 30hb April 2016. Seramai 150 orang anggota terlibat dengan ujian amali bagi melayakan mereka untuk menamatkan kursus GBSMM2. Semoga semua anggota dapat mengalaskan tanggungjawab apabila disekolah nanti.