P

P

KURSUS PERTOLONGAN CEMAS

POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH, BEHRANG. 25HB HINGGA 26HB NOVEMBER 2013. Kursus ini telah dianjurka oleh bahagian latihan PSAS.

KEMPEN KESIHATAN DAN DERMA DARAH

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS. 23HB NOVEMBER 2013. Program ini telah dijalankan oleh kursus bsmm dibawah Pusat Ko UPSI.

MESYUARAT AGUNG BSMM UPSI

Universiti Pendidikan Sultan Idris, 4hb Oktober 2013M. Mesyuarat Agung Tahunan telah dijalankan bagi melantik ahli jawatankuasa BSMM bagi sesi 2013 / 2014.

KEM SUKARELAAN KANAK-KANAK

SK Seri Besout, Sungkai. 20hb hingga 22hb September 2013M. Unit Kanak-kanak dengan kerjasama Unit Latihan, telah menjalankan satu program berbentuk kem kepada anggota unit kanak-kanak di kawasan PPD Batang Padang.

PROGRAM PEMBELIAN BUBUR LAMBUK

Program ini dijalankan pada 20hb Julai 2013M, sabtu. Program ini telah dijalankan dikawasan Tanjong Malim dan Jabatan Kerajaan sekitar Tanjong Malim.

Isnin, 22 Disember 2008

PROGRAM HARI KELUARGA

21hb DISEMBER 2008, Pusat Bowling Bukit Beruntung. Satu aktiviti riadah telah dianjurkan oleh pihak pengurusan cabang. Pada aktiviti seramai 30 orang anggota telah mengikut pertandingan ini yang bermula dari jam 11.00 pagi hingga 3.00 petang. Program ini betujuan merapatkan silaturrahim antara anggota dan berkenalan sesama anggota. Program ini telah dirasmikan oleh LT Kolonel Alias bin Haron, Naib Pengerusi 2 BSMM cabang Tanjong Malim / Slim River. Pertandingan ini telah dijuarai oleh Mejor Halmi Miswan. Tempat kedua, Sarjan Mohd Mahadzir dan tempat ketiga LTM Azrai. Program ini dapat menyatukan padukan gerak tenaga kerja bagi pergerakan persatuan. Diharap program ini dapat dijalankan pada masa mendatang.

.:aksi anggota yang membaling bola:.

.:LT Noor Azeri yang bergaya:.

.:panggil sapa tu:.









.:juara tempat ketiga:.

.:juara ditempat kedua:.

.:juara ditempat pertama:.

BANTUAN SUKARELA

15hb DISEMBER 2008, Tapah. Seramai 15 orang ahli Bulan Sabit Merah Cabang Tanjong Malim / Slim River dari unit VAD 55 dan VAD 49 telah terlibat didalam sukan orang kurang upaya peringkat daerah Batang Padang. sukan ini telah dirasmikan oleh YB Adun kawasan Tapah dan majlis perasmian penutupnya dirasmikan oleh YB Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan. pasukan ini diketuai oleh Kapten Asraf dan dibantu oleh LT Mohd Fardris, LT Noor Azeri dan LTM Raja Mohd Azahar. Turut hadir bersama Mejor Mohamad Fais, Setiausaha Kehormat cabang dan Mejor Mohd Hayadi bin Abd Ghani, Pegawai Penjaga Latihan cabang. Sukan ini berjalan dengan lancar sepeti mana yang telah dirancangkan.