P

P

KURSUS PERTOLONGAN CEMAS

POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH, BEHRANG. 25HB HINGGA 26HB NOVEMBER 2013. Kursus ini telah dianjurka oleh bahagian latihan PSAS.

KEMPEN KESIHATAN DAN DERMA DARAH

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS. 23HB NOVEMBER 2013. Program ini telah dijalankan oleh kursus bsmm dibawah Pusat Ko UPSI.

MESYUARAT AGUNG BSMM UPSI

Universiti Pendidikan Sultan Idris, 4hb Oktober 2013M. Mesyuarat Agung Tahunan telah dijalankan bagi melantik ahli jawatankuasa BSMM bagi sesi 2013 / 2014.

KEM SUKARELAAN KANAK-KANAK

SK Seri Besout, Sungkai. 20hb hingga 22hb September 2013M. Unit Kanak-kanak dengan kerjasama Unit Latihan, telah menjalankan satu program berbentuk kem kepada anggota unit kanak-kanak di kawasan PPD Batang Padang.

PROGRAM PEMBELIAN BUBUR LAMBUK

Program ini dijalankan pada 20hb Julai 2013M, sabtu. Program ini telah dijalankan dikawasan Tanjong Malim dan Jabatan Kerajaan sekitar Tanjong Malim.

Jumaat, 29 Ogos 2008

BAJU-T ALTERNATIF DAN BAJU KORPORAT BSMM YANG BARU


Ahad, 24 Ogos 2008

SELAMAT PENGANTIN BARU

SUNGAI BEHRANG, 16hb Ogos. Mejor Mohd Hayadi bin Abd Ghani telah di ijab kabul bersama Nona Salehah seorang guru di Slim Village. Pihak persatuan ingin mengucapkan Selamat Pengantin Baru semoga kekal sehingga ke dalam Syurga.




BERTUGAS DI SUKAN PROTON

STADIUM PROTON, seramai 12 orang anggota dari VAD 55 dan VAD 49 telah bertugas di sukan proton yang julung julung kali diadakan di kilang Proton Tanjong Malim. Program ini dibawah kelolaan Kapten Asraf, Komanden VAD 49 di bantu oleh Lt. Fadris, Timbalan Komanden 49.



Jumaat, 1 Ogos 2008

PENTAULIAHAN PANGKAT UBS 55 & 49

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS, 27hb Julai. Seramai 4 orang pegawai yang telah di tauliahkan kenaikan pangkat bagi mengisi kekesongan perjawatan di dalam unit UBS. Pegawai tersebut adalah Kapten Mohd Asraf, Komanden PK(VAD)49. Lt. Mohd Fardris Mohd Taufik, Timbalan Komanden PK(VAD)49 (mantan Staf Sarjan PK(VAD)55). Lt. Noorazrie Timbalan Komanden PK(VAD)55 [mantan Sarjan unit latihan]. Lt. Muda YM Raja Azahar Raja Mohd Nor, Kuartermaster PK(VAD)55 [mantan sarjan unit bencana]. Diharap mereka dapat menjalankan tugas dengan lebih cemerlang dimasa mendatang. Majlis ini telah disempurnakan oleh YDH Toh Tan Dewa Sakti Kolonel Dr. Hj. Ghazali bin Abdul Wahab dan disaksikan oleh Lt. Kolonel Abd Malek bin Selamat. ADMIN.


FORUM KEPIMPINAN BELIA

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS, 27hb Julai. Seramai 150 orang anggota BSMM telah menyertai forum ini. Forum ini telah dianjurakan oleh BSMM Cabang Tanjong Malim/ SLim River dengan keerjasama Pusat KO-Kurikulum UPSI dan Yayasan Mara. Forum ini telah dipengerusikan oleh Lt. Kolonel Abd Malek bin Selamat dan ahli penal terdiri dari Mejor Mohammad Fais Jamil dan Ustaz Yusnizam dari Jabatan Agama Islam Perak. Pesarta terdiri dari anggota belia dan VAD (PK(VAD)55 dan PK(VAD)49, UPSI). Majlis penutup telah dirasmikan oleh YDH Toh Tan Dewa Sakti Kolonel Dr. Hj. Ghazali bin Abd Wahab, Pengerusi BSMMTMSR.


PERKHEMAHAN PERTOLONGAN CEMAS

SMK KHIR JOHARI, 25hb hingga 27hb Julai. Seramai 96 orang telah menyertai perkhemahan ini bagi menduduiki peperiksaan pertolongan cemas asas, pendidikan palang merah & bulan sabit merah serta undang-undang kemanusiaan antarabangsa. Tiga buah sekolah telah menghantar untuk menyertai program tersebut, iaitu SMK Khir Johari Tanjong Malim, SMK Methodist dan SMK Agama Slim River.