P

P

KURSUS PERTOLONGAN CEMAS

POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH, BEHRANG. 25HB HINGGA 26HB NOVEMBER 2013. Kursus ini telah dianjurka oleh bahagian latihan PSAS.

KEMPEN KESIHATAN DAN DERMA DARAH

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS. 23HB NOVEMBER 2013. Program ini telah dijalankan oleh kursus bsmm dibawah Pusat Ko UPSI.

MESYUARAT AGUNG BSMM UPSI

Universiti Pendidikan Sultan Idris, 4hb Oktober 2013M. Mesyuarat Agung Tahunan telah dijalankan bagi melantik ahli jawatankuasa BSMM bagi sesi 2013 / 2014.

KEM SUKARELAAN KANAK-KANAK

SK Seri Besout, Sungkai. 20hb hingga 22hb September 2013M. Unit Kanak-kanak dengan kerjasama Unit Latihan, telah menjalankan satu program berbentuk kem kepada anggota unit kanak-kanak di kawasan PPD Batang Padang.

PROGRAM PEMBELIAN BUBUR LAMBUK

Program ini dijalankan pada 20hb Julai 2013M, sabtu. Program ini telah dijalankan dikawasan Tanjong Malim dan Jabatan Kerajaan sekitar Tanjong Malim.

Isnin, 28 Jun 2010

Kem Dwi 2010

25hb hingga 27hb Jun 2010, SMK Agama Slim River. Kem Dwi Tahunan dan Pertandingan Pertolongan Cemas peringkat Cabang Tanjong Malim / Slim River. Kem ini telah disertai 9 pasukan unit belia dan 6 pasukan unit kanak-kanak.

Pertandingan ini telah dirasmikan oleh Tuan Pegawai Pelajaran Daerah Batang Padang. Pada pertandingan kali 4 ketegori telah ditawarkan iaitu kategori belia lelaki, belia perempuan, kanak-kanak lelaki dan kanak-kanak perempuan. Bagi kategori belia lelaki dan perempuan telah diungguli oleh SMK Agama Slim River mana kala unit kanak-kanak pula, perempuan dimenangi oleh SK Seri Besout dan lelaki SK Tanjong Malim. Tahniah diucapkan.


.:kawad kaki:.

.:Bandaging Relay:.

.:Team Test:.



.:malam kebudayaan:.


.:kenangan peserta:.

.:ketibaan perasmi:.

.:melawat tapak khemah:.


.:Johan belia lelaki:.

Jumaat, 14 Mei 2010

KEADAAN PENGERUSI BSMM CAWANGAN PERAK





Dato' Ismail bin Shah Bodin dimasukkan ke dalam Hospital Pakar Ipoh pada 4hb Mei 2010 yang lalu. Beliau dikatakan amat membimbangkan kesihatan beliau. Beliau berada di Tingkat 5 wad 888 Hopital Pakar Ipoh. Diharap semua ahli memdoakan kesihatan yang berbahagia Dato'

Khamis, 1 April 2010

MAJLIS PERASMIAN MESYUARAT AGONG KALI KE-39 DAN PENUTUPAN KEM REKRUT DAN UJIAN KENAIKAN PANGKAT

28hb March 2010, Ahad, SM Vokasional Slim River telah di adakan satu majlis perasmian Mesyuarat Agong kali ke-39 dan Pentupan Kem Rekrut dan Ujian Kenaikan Pangkat yang di rasmikan oleh Yang Berusaha Dr. Choo, Pegawai Perubatan kehormat BSMM Cawangan Perak mewakili Yang Berbahagia Dato' Ismail bin Shah Bodin, Pengerusi BSMM Cawangan Perak. Turut hadir bersama Pengerusi BSMM Cabang Batang Padang dan Penolong Pengarah BSMM Cawangan Perak. Dalam majlis ini seramai 200 orang anggota lain-lain pangkat dan 20 orang pegawai turut serta bagi menjayakan program pada kali ini. Pada kali ini di sampaikan Pingat Perkhidmatan Lama dan Pingat Jasa Terpuji kepada nggota yang telah berkhidmat dengan cemerlang, tahniah diucapkan.

.:Penerima Pingat Perkhidmatan Lama, PPL : Kolonel Dr. Hj Ghazali:.

.:Penerima Pingat Perkhidmatan Lama, PPL dan PJT, Pingat Jasa Terpuji : Lt. Kolonel Abd Malek bin Selamat:.

.:Penerima Pingat Perkhidmatan Lama, PPL : Lt. Kolonel Che' Ri:.



.:Penerima Pingat Perkhidmatan Lama, PPL : Mejar Hashim Dahalan:.

Selasa, 16 Februari 2010

MESYUARAT AGONG PK(VAD)55

Pada bulan januari yang lalu telah dijalankan satu Mesyuarat Agong PK(VAD)55 yang telah dijalankan di Bilik Gerak BSMM Cabang Tanjong Malim Slim River.

Mesyuarat kali ini telah dirasmikan oleh Mejar Hashim bin Dahalan., PPL Pegawai Penjaga PBS BSMM Cabang Tanjong Malim / Slim River. Antara tetamu kerhormat yang hadir adalah Mejar Mohamad Fais bin Jamil., PJK., PPL Setiausaha Kehormat Cabang dan Kapten Che' Ri @Yob bin Md Nor., PPL Pegawai Tatatertib Cabang. Keputusan mesyurat pada kali ini telah melantik jawatankuasa yang baru. Kepimpinan PK(VAD)55 yang baru adalah:-
  1. Kapten Mohd Idzham - Komanden.
  2. YM Lt. Raja Mohd Azhar bin Raja Mohd nor - Timbalan Komanden.
  3. Lt. Muda Mohd Faizal - Kuartermaster.
  4. Staf Sarjan Bam - Setiausaha.
  5. Lt. Muda Thiagarajan - Bendahari.
  6. Sarjan Ghadafi - Platun Sarjan A.
  7. Sarjan Najib - Platun Sarjan B.
  8. Sarjan Norhayati - Platun Sarjan C.
Diakhir mesyuarat ini Kapten Khairil Johari, Penguasa Jururawat Cabang telah menyumbangkan dua buah katil medan kepada pihak Cabang dibawah jagaa PK(VAD)55. Diharap dibawah kepimpinan yang baru PK(VAD)55 dapat bergerak dengan lebih aktif.

~Admin~


Selasa, 5 Januari 2010

JELAJAH DENAI RAJA ASAL DAN MAT KILAU

Pada 25hb hingga 27hb Disember 2009, BSMM Cabang Tanjong Malim Slim River telah bertugas diprogram ekspidisi jelajah belia yang anjurkan oleh Persatuan Belia Slim Village.

Seramai 14 orang petugas BSMM mengikuti program tersebut. Jumlah pesrta yang mengikuti program ini seramai 300 orang peserta dan 100 petugas yang terdiri dari pada BSMM, SMART, RELA dan Pejabat Kesihatan Batang Padang.

Program ini dimulakan di Kampung Lintah Slim Village. Pada petang 25hb, dijalankan majlis peramian yang dirasmikan oleh EXCO Belia dan Sukan Perak. Pada hari pertama kesemua anggota bermalam di SK POS Berseh dan pada hari keduanya ekspidisi tersebut dijalankan.

Kesemua peserta telah selamat sampai di POS Buntuh, Pahang pada jam 9.30 malam. Di situ kesemua peserta tidur di dalam khemah. Pada 27hb kesemua peserta pulang menaiki bas ke Tanjong Malim. Jumlah Jarak perjalanan berjalan kaki adalah 30 km dan 8 jam perjalanan.

Antara petugas yang terlibat adalah:-
di dalam hutan.
- Mejar Hashim.
- Kapten Khirul Asraf.
- Lt. Mohd Fadris.
- LTM Raja Azahar.
- UBS Mie.
- UBS Najib.
- UBS Sam.
- UBS Bam.
- UBS Hasnah.
- Ustaz Rosmidi.

Di Pahang:-
- Mejar Mohamad Fais
- Kapten Che ri'
- Lt. Noor Azrie

Taniah kepada semua anggota yang bertugas.