P

P

Selasa, 16 Februari 2010

MESYUARAT AGONG PK(VAD)55

Pada bulan januari yang lalu telah dijalankan satu Mesyuarat Agong PK(VAD)55 yang telah dijalankan di Bilik Gerak BSMM Cabang Tanjong Malim Slim River.

Mesyuarat kali ini telah dirasmikan oleh Mejar Hashim bin Dahalan., PPL Pegawai Penjaga PBS BSMM Cabang Tanjong Malim / Slim River. Antara tetamu kerhormat yang hadir adalah Mejar Mohamad Fais bin Jamil., PJK., PPL Setiausaha Kehormat Cabang dan Kapten Che' Ri @Yob bin Md Nor., PPL Pegawai Tatatertib Cabang. Keputusan mesyurat pada kali ini telah melantik jawatankuasa yang baru. Kepimpinan PK(VAD)55 yang baru adalah:-
  1. Kapten Mohd Idzham - Komanden.
  2. YM Lt. Raja Mohd Azhar bin Raja Mohd nor - Timbalan Komanden.
  3. Lt. Muda Mohd Faizal - Kuartermaster.
  4. Staf Sarjan Bam - Setiausaha.
  5. Lt. Muda Thiagarajan - Bendahari.
  6. Sarjan Ghadafi - Platun Sarjan A.
  7. Sarjan Najib - Platun Sarjan B.
  8. Sarjan Norhayati - Platun Sarjan C.
Diakhir mesyuarat ini Kapten Khairil Johari, Penguasa Jururawat Cabang telah menyumbangkan dua buah katil medan kepada pihak Cabang dibawah jagaa PK(VAD)55. Diharap dibawah kepimpinan yang baru PK(VAD)55 dapat bergerak dengan lebih aktif.

~Admin~


0 comments: