
No. 8 Jalan Besar Hulu Bernam, 35900 Tanjong Malim
POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH, BEHRANG. 25HB HINGGA 26HB NOVEMBER 2013. Kursus ini telah dianjurka oleh bahagian latihan PSAS.
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS. 23HB NOVEMBER 2013. Program ini telah dijalankan oleh kursus bsmm dibawah Pusat Ko UPSI.
Universiti Pendidikan Sultan Idris, 4hb Oktober 2013M. Mesyuarat Agung Tahunan telah dijalankan bagi melantik ahli jawatankuasa BSMM bagi sesi 2013 / 2014.
SK Seri Besout, Sungkai. 20hb hingga 22hb September 2013M. Unit Kanak-kanak dengan kerjasama Unit Latihan, telah menjalankan satu program berbentuk kem kepada anggota unit kanak-kanak di kawasan PPD Batang Padang.
Program ini dijalankan pada 20hb Julai 2013M, sabtu. Program ini telah dijalankan dikawasan Tanjong Malim dan Jabatan Kerajaan sekitar Tanjong Malim.

UPSI, 19hb Oktober 2008. Seramai 142 orang calon pegawai kadet UPSI yang terdiri dari anggota PK(VAD)49 mengambil kertas peperiksaan bertulis bagi Pertolongan Cemas Asas dan Pendidikan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah serta Undang-undang Kemanusiaan Antarabangsa. Peperiksaan ini dibawah selia oleh ketua pengawas, Mejor Mohamad Fais bin Jamil, Pembantu ketua Pengawas Mejor Hashim bin Dahalan dan beberapa pegawas peperiksaan yang terdiri dari jurulatih BSMM Cabang Tanjong Malim / Slim River.
TANJONG MALIM, 12hb Oktober 2008. Lawatan kerumah ahli sempena sambutan bulan syawal. Antara rumah ahli yang di lawati Lt. Noor Azeri dan UBS Nurol Huda. Program ini telah dijalankan selepas ujian amali dan ujian lisan yang dijalankan kepada pegawai-pegawai kadet di Universiti Pendidikan Sultan Idris. Antara yang terlibat dalam program ini Mejor Muhammad Fais, Mejor Hashim, Mejor Halmi, Mejor Mohd Hayadi, Kepten Idzham, Lt. Mohd Fadris, Lt. Noor Azeri, YM Lt. Muda Raja Mohd Azahar dan beberapa orang anggota UBS 55 dan UBS 49. Diharap program sebegini dijalankan sebagai rutin tahunan, ianya merapatkan perhubungan antara ahli. ADMIN.