KURSUS PERTOLONGAN CEMAS
POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH, BEHRANG. 25HB HINGGA 26HB NOVEMBER 2013. Kursus ini telah dianjurka oleh bahagian latihan PSAS.
KEMPEN KESIHATAN DAN DERMA DARAH
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS. 23HB NOVEMBER 2013. Program ini telah dijalankan oleh kursus bsmm dibawah Pusat Ko UPSI.
MESYUARAT AGUNG BSMM UPSI
Universiti Pendidikan Sultan Idris, 4hb Oktober 2013M. Mesyuarat Agung Tahunan telah dijalankan bagi melantik ahli jawatankuasa BSMM bagi sesi 2013 / 2014.
KEM SUKARELAAN KANAK-KANAK
SK Seri Besout, Sungkai. 20hb hingga 22hb September 2013M. Unit Kanak-kanak dengan kerjasama Unit Latihan, telah menjalankan satu program berbentuk kem kepada anggota unit kanak-kanak di kawasan PPD Batang Padang.
PROGRAM PEMBELIAN BUBUR LAMBUK
Program ini dijalankan pada 20hb Julai 2013M, sabtu. Program ini telah dijalankan dikawasan Tanjong Malim dan Jabatan Kerajaan sekitar Tanjong Malim.
Sabtu, 31 Mei 2008
PERKAHWINAN
KAWAD KAKI PERINGKAT KEBANGSAAN
PUTRAJAYA, 23hb hingga 25 hb Mei 2008. Kawad kaki peringkat kebangsaan telah di jalankan di Wilayah Persekutuan Putrajaya. Kontijen negeri Perak telah diwakili oleh BSMM Cabang Tanjong Malim / Slim River. Pasukan tersebut adalah pasukan unit belia dari SMK Agama Slim River ( kategori lelaki ), SMK Khir Johari ( kategori perempuan ).
Turut hadir ke pertandingan tersebut Toh Tan Dewa Sakti Kolonel Dr. Hj Ghazali bin Abdul Wahab, Pengerusi BSMMTMSR. Pengurus pasukan bagi kedua-dua pasukan adalah Mejor Mohd Anuar Salleh dan Kapten Rabiatul Adawiyah. Jurulatih yang terlibat adalah Mejor Muhammad Fais Jamil, Mejor Mohd Hayadi abd Ghani, Staf Sarjan Mohd Fadris dan YM Sarjan Raja Azahar.
Pada tahun ini pertandingan melibatkan semua kategori, iaitu KRS, GO dan NGO. Pertandingan kali ini telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia. Tahun ini keputusan tidak menyelebelahi kontijen Negeri Perak. semoga di masa akan datang kedua-dua pasukan lelaki dan perempuan ini dapat membuktikan kepada persatuan. Kalian hebat. ADMIN.
Selasa, 20 Mei 2008
LATIHAN BERPUSAT
SAMBUTAN BAYI LAHIR PADA HARI BSMM
PERJUMPAAN DENGAN ONG KA CHUAN
Jumaat, 9 Mei 2008
KAWAD KAKI