P

P

KURSUS PERTOLONGAN CEMAS

POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH, BEHRANG. 25HB HINGGA 26HB NOVEMBER 2013. Kursus ini telah dianjurka oleh bahagian latihan PSAS.

KEMPEN KESIHATAN DAN DERMA DARAH

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS. 23HB NOVEMBER 2013. Program ini telah dijalankan oleh kursus bsmm dibawah Pusat Ko UPSI.

MESYUARAT AGUNG BSMM UPSI

Universiti Pendidikan Sultan Idris, 4hb Oktober 2013M. Mesyuarat Agung Tahunan telah dijalankan bagi melantik ahli jawatankuasa BSMM bagi sesi 2013 / 2014.

KEM SUKARELAAN KANAK-KANAK

SK Seri Besout, Sungkai. 20hb hingga 22hb September 2013M. Unit Kanak-kanak dengan kerjasama Unit Latihan, telah menjalankan satu program berbentuk kem kepada anggota unit kanak-kanak di kawasan PPD Batang Padang.

PROGRAM PEMBELIAN BUBUR LAMBUK

Program ini dijalankan pada 20hb Julai 2013M, sabtu. Program ini telah dijalankan dikawasan Tanjong Malim dan Jabatan Kerajaan sekitar Tanjong Malim.

Isnin, 17 Mac 2014

KURSUS RADIO AMATUR

16HB MAC 2014. PEJABAT BSMM CABANG. Satu kursus yang telah dianjurkan oleh Majlis Belia Daerah Slim River / Tanjong Malim melibatkan semua badan gabungan iaitu BSMM, Pengakap, Belia 4B, GPMS, Puteri Islam dan KBBT.

Program ini telah disampaikan oleh kelab radio amatur sabak bernam yang berlesen A. Pihak persatuab telah menghantar seramai 15 orang anggota bagi menyertai kursus ini. Tahniah diucapkan

Jumaat, 14 Mac 2014

Kem latihan asas dan ujian kenaikan pangkat 2014

7HB HINGGA 9HB MAC 2014. SMK AGAMA SLIM RIVER. Bahagian Belia cabang dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Batang Padang telah menganjurkan satu program rutin yang dijalankan setiap tahun. Pada kali ini seramai 314 orang peserta telah mengikuti kem ini.

Antara sekolah yang telah menghantar peserta adalah SMK Khir Johari, SMK Methodis, SMK Katholik, SMK Behrang 2020, SMK Agama Slim River, SMK Slim, SMK Dato Zulkifli Muhammad dan SMK (F) Besout. Diharap dengan apa yang telah disampaikan kepada peserta oleh jurulatih, dapat membangunkan bsmm disekolah. Bagi mereka yg telah lulus ujian kenaikan pangkat, tahniah diucapkan