KURSUS PERTOLONGAN CEMAS
POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH, BEHRANG. 25HB HINGGA 26HB NOVEMBER 2013. Kursus ini telah dianjurka oleh bahagian latihan PSAS.
KEMPEN KESIHATAN DAN DERMA DARAH
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS. 23HB NOVEMBER 2013. Program ini telah dijalankan oleh kursus bsmm dibawah Pusat Ko UPSI.
MESYUARAT AGUNG BSMM UPSI
Universiti Pendidikan Sultan Idris, 4hb Oktober 2013M. Mesyuarat Agung Tahunan telah dijalankan bagi melantik ahli jawatankuasa BSMM bagi sesi 2013 / 2014.
KEM SUKARELAAN KANAK-KANAK
SK Seri Besout, Sungkai. 20hb hingga 22hb September 2013M. Unit Kanak-kanak dengan kerjasama Unit Latihan, telah menjalankan satu program berbentuk kem kepada anggota unit kanak-kanak di kawasan PPD Batang Padang.
PROGRAM PEMBELIAN BUBUR LAMBUK
Program ini dijalankan pada 20hb Julai 2013M, sabtu. Program ini telah dijalankan dikawasan Tanjong Malim dan Jabatan Kerajaan sekitar Tanjong Malim.
Ahad, 2 November 2008
KURSUS PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN PERSATUAN
Ahad, 26 Oktober 2008
LAPORAN BANJIR DIUTARA PERAK
TARIKH : 20.10.2008
JENIS BENCANA : BANJIR
Pusat Pemindahan Jum.Keluarga Jum.Mangsa
a. Sek.Keb. Alor Pongsu 53 203
b. Sek.Keb. Bagan Serai 9 51
c. Sek.Keb. Bukit Merah 27 117
d. Sek.Keb. Dahalan 24 99
Jumlah : 113 Keluarga 470 Mangsa
Tindakan Bulan Sabit Merah Cawangan Perak dan Cabang Bukit Merah Bulan Sabit Merah Cawangan dan Cabang telah menghantar seramai 8 Orang pegawai dan ahli untuk membantu Jabatan Kebajikan Masyarakat dipusat-pusat pemindahan sejak 20.10.2008. Bantuan yang telah diberi oleh BSMM Cawangan ialah :
a) Pakaian Terpakai disemua pusat-pusat pemindahan
b) Selimut kepada semua mangsa.
.:sumber dari Ibu Pejabat Kebangsaan:.
Ahad, 19 Oktober 2008
PEPERIKSAAN BERTULIS PEGAWAI KADET
UPSI, 19hb Oktober 2008. Seramai 142 orang calon pegawai kadet UPSI yang terdiri dari anggota PK(VAD)49 mengambil kertas peperiksaan bertulis bagi Pertolongan Cemas Asas dan Pendidikan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah serta Undang-undang Kemanusiaan Antarabangsa. Peperiksaan ini dibawah selia oleh ketua pengawas, Mejor Mohamad Fais bin Jamil, Pembantu ketua Pengawas Mejor Hashim bin Dahalan dan beberapa pegawas peperiksaan yang terdiri dari jurulatih BSMM Cabang Tanjong Malim / Slim River.Selasa, 14 Oktober 2008
SAMBUTAN HARI RAYA
TANJONG MALIM, 12hb Oktober 2008. Lawatan kerumah ahli sempena sambutan bulan syawal. Antara rumah ahli yang di lawati Lt. Noor Azeri dan UBS Nurol Huda. Program ini telah dijalankan selepas ujian amali dan ujian lisan yang dijalankan kepada pegawai-pegawai kadet di Universiti Pendidikan Sultan Idris. Antara yang terlibat dalam program ini Mejor Muhammad Fais, Mejor Hashim, Mejor Halmi, Mejor Mohd Hayadi, Kepten Idzham, Lt. Mohd Fadris, Lt. Noor Azeri, YM Lt. Muda Raja Mohd Azahar dan beberapa orang anggota UBS 55 dan UBS 49. Diharap program sebegini dijalankan sebagai rutin tahunan, ianya merapatkan perhubungan antara ahli. ADMIN.Jumaat, 29 Ogos 2008
Ahad, 24 Ogos 2008
SELAMAT PENGANTIN BARU
BERTUGAS DI SUKAN PROTON
Jumaat, 1 Ogos 2008
PENTAULIAHAN PANGKAT UBS 55 & 49
FORUM KEPIMPINAN BELIA
PERKHEMAHAN PERTOLONGAN CEMAS
Rabu, 9 Julai 2008
LAWATAN KE TAMAN NEGARA




MESYUARAT AGONG MAJLIS BELIA DAERAH
WOODLAND RESORT, PAHANG, 4hb Julai 2008. Satu mesyuarat agong MBD Daerah Kecil Tanjong Malim Slim River telah berlangsung dengan jayanya. Seramai 4 orang perwakilan Belia BSMMTMSR telah menunaikan tanggungjawab membuang undung bagi pemilihan jawatankuasa baru MBD 2008-2010. Antara perwakilan yang hadir, Mejar Muhammad Fais Jamil, Kapten Mohd Idzham Hamdan, Staf Sarjan Mohd Fadris Taufik dan Sarjan YM Rajan Azahar Raja Mohd Nor. Didalam mesyuarat ini 2 calon dari BSMMTMSR telah terpilih sebagai Jawatankuasa MBD iaitu Mejar Muhammad Fais Jamil dan Mejar Mohd Hayadi Abd Ghani. Tahniah kepada mereka yang telah menang, semoga mereka dapat menyuarakan permasalahan persatuan kelak. ADMIN.
Jumaat, 27 Jun 2008
KEM DWI DAN PERTANDINGAN PERTOLONGAN CEMAS
Perkhemahan ini telah di rasmikan oleh Yang Amat Berbahgia Orang Kaya-kaya Panglima Bukit Gantang Dato' Seri Yeop Junior bin Yeop Adlan. Turut hadir bersama Yang Berusaha Tn Hj Abdul Kadir, Guru Besar SK Tanjong Malim, Perak. Perkhemahan ini telah dijalankan selama 3 hari 2 malam yang disertai seramai 178 orang anggota unit belia dan unit kanak-kanak. Pada perasmian penutup pula dirasmikan oleh Yang Berusaha Tn Haji Mohammad, Penolong Pengarah Belia dan Kanak-kanak BSMM Cawangan Perak. Diharap Program sebegini dapat dijalankan dengan jayanya pada masa hadapan. ADMIN.
Selasa, 17 Jun 2008
ULANG TAHUN BSMM KE-60



DATARAN BANDARAYA IPOH, IPOH, 15hb Jun 2008. Perbarisan Ulang Tahun BSMM Ke-60 Hari Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Sedunia telah berlangsung dengan jayanya oleh semua ahli yang terlibat. Menjunjung kasih Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak Darul Ridzuan Raja Nazrin Shah Ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah kerana mencemar duli ke Perbarisan ualang tahun BSMM Ke-60. Turut hadir bersama YAB Menteri Besar Perak dan Isteri.


Di dalam majlis tersebut, penyampaian Anugerah BSMM telah disempurnakan oleh DYTM Raja Muda Perak. Tahniah diucapkan kepada semua anggota yang telah mendapat Pingat Jasa Terpuji ( PJT ). Pihak BSMM Cabang Tanjong Malim / Slim River ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua ahli BSMM dan VAD 55 kerana dapat mengharumkan nama cabang di peringkat negeri. Semoga program sebegini dapat dijalankan pada masa yang mendatang. ADMIN.





.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)

.jpg)


.jpg)
.jpg)








