P

P

KURSUS PERTOLONGAN CEMAS

POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH, BEHRANG. 25HB HINGGA 26HB NOVEMBER 2013. Kursus ini telah dianjurka oleh bahagian latihan PSAS.

KEMPEN KESIHATAN DAN DERMA DARAH

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS. 23HB NOVEMBER 2013. Program ini telah dijalankan oleh kursus bsmm dibawah Pusat Ko UPSI.

MESYUARAT AGUNG BSMM UPSI

Universiti Pendidikan Sultan Idris, 4hb Oktober 2013M. Mesyuarat Agung Tahunan telah dijalankan bagi melantik ahli jawatankuasa BSMM bagi sesi 2013 / 2014.

KEM SUKARELAAN KANAK-KANAK

SK Seri Besout, Sungkai. 20hb hingga 22hb September 2013M. Unit Kanak-kanak dengan kerjasama Unit Latihan, telah menjalankan satu program berbentuk kem kepada anggota unit kanak-kanak di kawasan PPD Batang Padang.

PROGRAM PEMBELIAN BUBUR LAMBUK

Program ini dijalankan pada 20hb Julai 2013M, sabtu. Program ini telah dijalankan dikawasan Tanjong Malim dan Jabatan Kerajaan sekitar Tanjong Malim.

Ahad, 8 Mei 2016

KURSUS PENDEDAHAN PERTOLONGAN CEMAS

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS, 7HB MEI 2016. Program penyebaran pertolongan cemas kepada masyarakat umum di sekitar Tanjong Malim. Program ini adalah anjuran BSMM UPSI bersama BSMM Daerah Muallim dengan kerjasama Pusat Kokurikulum UPSI. Program ini menyediakan 6 kelas pertolongan cemas yang melibatkan 180 orang peserta terlibat. Tahniah diucapkan kepada penganjur iaitu PK(VAD)58, UPSI

Selasa, 3 Mei 2016

KEMPEN DERMA DARAH

BSMM: Program Derma Darah
Tarikh: 8hb Mei, Ahad
Masa: 9.00 pagi
Tempat: Dewan Kolej Harun  Aminurasid, UPSI
Anjuran: VAD58 UPSI
Semua dijemput hadir

UJIAN AMALI PERTOLONGAN CEMAS

UPSI. 30hb April 2016. Seramai 150 orang anggota terlibat dengan ujian amali bagi melayakan mereka untuk menamatkan kursus GBSMM2. Semoga semua anggota dapat mengalaskan tanggungjawab apabila disekolah nanti.

Isnin, 9 Februari 2015

KEM LATIHAN ASAS (REKRUT) 2015

6HB HINGGA 8HB FEBUARI 2015, SMK KATHOLIK, TANJONG MALIM. Telah dijalankan satu program tahunan dibawah anjuran Cabang Tanjong Malim / Slim River dengan kerjasama PPD Batang Padang. Kem pada tahun ini telah menerapkan kurikulum baru dimana pada kali ini peserta didedahkan Pensijilan Pendidikan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah serta Undang-undang Kemanusiaan Antarabangsa. Pada tahun ini kem ini telah disertai seramai 226 orang anggota BSMM Unit Belia Cabang Tanjong Malim / Slim River. Kem ini telah dipengeruikan oleh MEJ. Halmi bin Miswan, Pegawai Penjaga Belia Cabang. Kem pada tahun ini telah dirasmikan oleh KOL. Mohd Hayadi bin Abd Ghani., PJT., PPL. Semoga semua anggota lulus peperiksaan kali ini. Tahniah kepada semua peserta.

Sabtu, 20 Disember 2014

KARNIVAL KO KURIKULUM

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS. Pusat KO Kurikulum telah menganjurkan Hari Kokurikulum dimana, BSMM UPSI dengan kerjasama Cabang Tanjong Malim dan Cawangan Perak mengambil bahagian di hari tersebut. BSMM UPSI telah menganjurkan pameran UUK, pemeran kesihatan, pertandingan kesihatan dan explorace di dalam kawasan UPSI. Program ini telah dirasmikan oleh Naib Censelor UPSI. Cabang Tanjong Malim menghantar dua orang wakil iaitu Tuan Mohamad Fais bin Jamil, Timbalan Pengerusi Cabang dan Tuan Haji Mohd Anuar bin Salleh, Naib Pengerusi 2 Cabang Tanjong Malim.



PERKHEMAHAN SUKARELAWAN BSMM UPSI

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS. Minggu 10 pengkuliahan UPSI. Telah dijalankan satu program rutin setiap semesta dimana setiap anggota BSMM dibawah Pusat KO UPSI akan menganjurkan satu perkhemahan bagi menguji kemhairan yang telah diterapkan secara teori di kelas. Antara pensijilan yang telah duterapkan adalah Pendidikan Kesihatan, Pertolongan Cemas Asas dan CPR dan Operasi Menyelamat Bencana Alam. Majlis perasmian kem tersebut telah disempurnakan oleh Tuan Mohamad Fais bin Jamil, Timbalan Pengerusi Cabang Tanjong Malim yang dimana beliau telah mewakili Pengerusi Cabang ke program tersebut. Turut hadir barsama Tuan Haji Mohd Anuar bin Salleh, Naib Pengerusi 2 Cabang Tanjong Malim.



sila kilik di sini untuk koleksi gambar

Khamis, 8 Mei 2014

SELAMAT HARI BULAN SABIT MERAH


Isnin, 17 Mac 2014

KURSUS RADIO AMATUR

16HB MAC 2014. PEJABAT BSMM CABANG. Satu kursus yang telah dianjurkan oleh Majlis Belia Daerah Slim River / Tanjong Malim melibatkan semua badan gabungan iaitu BSMM, Pengakap, Belia 4B, GPMS, Puteri Islam dan KBBT.

Program ini telah disampaikan oleh kelab radio amatur sabak bernam yang berlesen A. Pihak persatuab telah menghantar seramai 15 orang anggota bagi menyertai kursus ini. Tahniah diucapkan

Jumaat, 14 Mac 2014

Kem latihan asas dan ujian kenaikan pangkat 2014

7HB HINGGA 9HB MAC 2014. SMK AGAMA SLIM RIVER. Bahagian Belia cabang dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Batang Padang telah menganjurkan satu program rutin yang dijalankan setiap tahun. Pada kali ini seramai 314 orang peserta telah mengikuti kem ini.

Antara sekolah yang telah menghantar peserta adalah SMK Khir Johari, SMK Methodis, SMK Katholik, SMK Behrang 2020, SMK Agama Slim River, SMK Slim, SMK Dato Zulkifli Muhammad dan SMK (F) Besout. Diharap dengan apa yang telah disampaikan kepada peserta oleh jurulatih, dapat membangunkan bsmm disekolah. Bagi mereka yg telah lulus ujian kenaikan pangkat, tahniah diucapkan


Isnin, 17 Februari 2014

AHLI JAWATANKUASA CABANG 2014 / 2016

Sila klik disini untuk mengetahui senarai nama penuh Ahli Jawatankuasa Cabang Sidang 2014 / 2016. Harap maklum

Kolonel (RC) Mohd Hayadi bin Abd Ghani., PJT(B)., PPL
Pengerusi Cabang Yang Baharu

Rabu, 4 Disember 2013

KURSUS PERTOLONGAN CEMAS ASAS DAN CPR

POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH, BEHRANG. 25HB HINGGA 26HB NOVEMBER 2013. Kursus ini telah dianjurka  oleh bahagian latihan PSAS. Antara jurulatih yang terlibat adalah En Mohamad Fais bin Jamil dan En Sokkiah a/l Nadeson.



KEMPEN KESIHATAN DAN PROGRAM DERMA DARAH

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS. 23HB NOVEMBER 2013. Program ini telah dijalankan oleh kursus bsmm dibawah Pusat Ko UPSI. Ianya telah dijalankan dengan kerjasama BSMM Cabang Tanjong Malim, Hospital Slim River dan Pusat Ko UPSI. Sebanyak 40 beg penderma telah diperolehi sepanjang program yang telah dijalankan. Program ini telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Pengetua Kolej Ungku Omar. Turut hadir LT Kolonel Mohd Hayadi bin Abd Ghani, Timbalan Pengerusi cabang.




Isnin, 7 Oktober 2013

MESYUARAT AGUNG BSMM UPSI

Universiti Pendidikan Sultan Idris, 4hb Oktober 2013M. Mesyuarat Agung Tahunan telah dijalankan bagi melantik ahli jawatankuasa BSMM bagi sesi 2013 / 2014. Mesyuarat ini telah dirasmikan oleh LT Kolonel Dr Safina, Ketua Penasihat BSMM UPSI. Manakala Mejor Mohamad Fais bin Jamil., PJK., PJT., PPL telah mewakili Timbalan Pengerusi BSMM untuk hadir ke mesyuarat tersebut. Diharap kepimpinan baru dapat menjalankan aktiviti yang lebih menarik dan inovatif. Semoga maju jaya.

 Gambar 1: Antara tetamu yang hadir

 Gambar 2: LT Kolonel DR Safina, Ketua Penasihat BSMM UPSI

 Gambar 3: Mantan Pengerusi BSMM UPSI

Gambar 4: Ucapan sulung Pengerusi BSMM yang Baru

KEM SUKARELWAN KANAK-KANAK 2013

SK Seri Besout, Sungkai. 20hb hingga 22hb September 2013M. Unit Kanak-kanak dengan kerjasama Unit Latihan, telah menjalankan satu program berbentuk kem kepada anggota unit kanak-kanak di kawasan PPD Batang Padang. Program ini dijalankan dengan kerjasama Pejabat Pelajaran Daerah Batang Padang. Serami 60 orang peserta dari sekolah sekolah rendah di daerah ini. Program ini telah dirasmikan oleh LT Kolonel Mohd Hayadi bin Abd Ghani., PJT(B), PPL, Timbalan Pengerusi BSMM Cabang Tanjong Malim / Slim River. Program ini dijalankan selama 3 hari 2 malam. Kem ini telah dikendalikan dibawah pengawasan PK(VAD)49 Besout. Semoga program ini akan dijalankan sebagai aktiviti tahunan.


Gambar 1: Pemakaian Pangkat KPT Ismail, Komanden PK(VAD)49 Besout



Gambar 2 : LT Kolonel Mohd Hayadi bin Abd Ghani, Tmbalan Pengerusi BSMM Cabang


Selasa, 20 Ogos 2013

Lawatan dan penyampaian wang bantuan kepada anggota

Seramai 12 anggota bermotor Bulan Sabit Merah Tanjong Malim melawat salah seorang anggota PK(VAD) 55 yang mengalami kemalangan jalanraya pada hari raya aidilfitri. Keadaan beliau selamat dan mengalami patah tulang tangan dan patah tulang rusuk. Beliau juga menerima 11 jahitan dikepala akibat kemalangan tersebut. Semoga Sam cepat sembuh