P

P

KURSUS PERTOLONGAN CEMAS

POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH, BEHRANG. 25HB HINGGA 26HB NOVEMBER 2013. Kursus ini telah dianjurka oleh bahagian latihan PSAS.

KEMPEN KESIHATAN DAN DERMA DARAH

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS. 23HB NOVEMBER 2013. Program ini telah dijalankan oleh kursus bsmm dibawah Pusat Ko UPSI.

MESYUARAT AGUNG BSMM UPSI

Universiti Pendidikan Sultan Idris, 4hb Oktober 2013M. Mesyuarat Agung Tahunan telah dijalankan bagi melantik ahli jawatankuasa BSMM bagi sesi 2013 / 2014.

KEM SUKARELAAN KANAK-KANAK

SK Seri Besout, Sungkai. 20hb hingga 22hb September 2013M. Unit Kanak-kanak dengan kerjasama Unit Latihan, telah menjalankan satu program berbentuk kem kepada anggota unit kanak-kanak di kawasan PPD Batang Padang.

PROGRAM PEMBELIAN BUBUR LAMBUK

Program ini dijalankan pada 20hb Julai 2013M, sabtu. Program ini telah dijalankan dikawasan Tanjong Malim dan Jabatan Kerajaan sekitar Tanjong Malim.

Sabtu, 31 Mei 2008

PERKAHWINAN

TANJONG MALIM, 31hb Mei 2008. Lt. Muda Nurhazwani telah melangsungkan perkahwinan dengan pasangan sehidup sematinya Sarjan Zul ( Tentera Udara Di Raja Malaysia ). Sempena sambutan 50 TUDM beliau telah diijab kabulkan dengan izin ALLAH. Semoga mendapat anak yang soleh dan solehah dan kekal sehingga akhir ayat dan bertemu kembali di pintu syurga, insya' ALLAH. Tahniah. ADMIN.

KAWAD KAKI PERINGKAT KEBANGSAAN










PUTRAJAYA, 23hb hingga 25 hb Mei 2008.
Kawad kaki peringkat kebangsaan telah di jalankan di Wilayah Persekutuan Putrajaya. Kontijen negeri Perak telah diwakili oleh BSMM Cabang Tanjong Malim / Slim River. Pasukan tersebut adalah pasukan unit belia dari SMK Agama Slim River ( kategori lelaki ), SMK Khir Johari ( kategori perempuan ).

Turut hadir ke pertandingan tersebut Toh Tan Dewa Sakti Kolonel Dr. Hj Ghazali bin Abdul Wahab, Pengerusi BSMMTMSR. Pengurus pasukan bagi kedua-dua pasukan adalah Mejor Mohd Anuar Salleh dan Kapten Rabiatul Adawiyah. Jurulatih yang terlibat adalah Mejor Muhammad Fais Jamil, Mejor Mohd Hayadi abd Ghani, Staf Sarjan Mohd Fadris dan YM Sarjan Raja Azahar.









Pada tahun ini pertandingan melibatkan semua kategori, iaitu KRS, GO dan NGO. Pertandingan kali ini telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia. Tahun ini keputusan tidak menyelebelahi kontijen Negeri Perak. semoga di masa akan datang kedua-dua pasukan lelaki dan perempuan ini dapat membuktikan kepada persatuan. Kalian hebat. ADMIN.

Selasa, 20 Mei 2008

LATIHAN BERPUSAT

SMK KHIR JOHARI 16HB HINGGA 19HB MEI 2008. Dua pasukan kawad kaki kontijen negri perak telah berkampung di sekolah ini. Latihan ini telah diuruskan oleh Mejor Mohd Anuar bersama Kapten Rabiatul Adawiyah. Jurulatih yang terlibat; diketuai oleh Mejor Muhammad Fais dan dibantu oleh Mejor Mohd Hayadi, Kapten Mohd Idzham, Staf Sarjan Mohd Fadris, Sarjan Khairil Johari, Sarjan Noor Azeri dan Sarjan YM Raja Azahar. Latihan ini bertujuan persediaan bagi pertandingan kawad kaki NGO, anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia. YDH Toh Tan Dewa Sakti Kolonel Dr Hj Ghazali, Lt. Kolonel Abd Malek dan Lt Kolonel Alias Haron telah membuat lawatan bagi memastikan pelacaran latihan tersebut. Dari pihak Admin semoga kalian berjaya.

SAMBUTAN BAYI LAHIR PADA HARI BSMM





HOSPITAL SLIM RIVER, 18HB MEI 2008. Seramai 2 orang bayi yang telah lahir pada tarikh keramat BSMM iaitu tarikh wujudnya Palang Merah dan Bulan Sabit Merah. Pada kali ini semua AJK telah hadir bersama bagi meraikan bayi tersebut. YDH Toh Tan Dewa Sakti telah memberi sumbangan hadiah sejumlah RM200.00. Tahniah kepada ibu yang melahirkan bayi BSMM.

PERJUMPAAN DENGAN ONG KA CHUAN

SLIM RIVER, 14HB MEI 2008. Ahli jawatankuasa cabang yang diketuai oleh YDH Toh Tan Dewa Sakti Dr Hj Ghazali telah bertemu dengan YB Dato' Ong Ka Chuan, Ahli Parlimen Kawasan Tanjong Malim. Tujuan rombongan ini adalah mendapat sokongan dan sumbangan bagi membiayai sebuah bangunan Bulan Sabit Merah Malaysia Cabang Tanjong Malim / Slim River. Semoga dengan adanya perjumpaan ini sebagai satu titik tolak perkembangan BSMMTMSR bagi masa yang mendatang.

Jumaat, 9 Mei 2008

KAWAD KAKI



MANJUNG. 8HB MEI 2008. Dua pasukan unit belia telah bertanding di pertandingan kawad kaki NGO anjuran Jabatan Pelajaran Negeri Perak, Kemeneterian Pelajaran Malaysia. Antara pasukan yang telah mewakili daerah Batang Padang ialah SMK Agama Slim River, kategori lelaki dan SMK Khir Johari Tanjong Malim, Kategori perempuan. Kedua-dua pasukan ini telah memperolehi johan negeri dan akan mewakili negeri perak ke peringkat kebangsaan yang akan dijalankan di Putrajaya, Wilayah Putrajaya. Semoga kedua-dua pasukan ini akan membawa pulang piala kemenangan bagi BSMM. Tahniah............

Isnin, 14 April 2008

KEM LENCANA KECEKAPAN UNIT BELIA

SM TEKNIK, SLIM RIVER, 04hb hingga 06hb April. Satu kem telah dijalankan di Slim river. Jumlah peserta yang telah menyertai seramai 99 orang dari 6 buah sekolah menengah dari kawasan Besout hingga Tanjong Malim. Perasmian penutup telah dirasmikan oleh Tuan Pengetua Sekolah Menengah Teknik Slim River selaku tuan rumah. Diharap penganugerah lencana kecekapan kepada ahli yang telah lulus dapat mengaplikasikan semasa diseklolah nanti. Taniah!

Khamis, 13 Mac 2008

PEMBANTU PERTOLONGAN CEMAS DI DALAM SETIAP RUMAH

POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH, 12HB MAC 2008. Satu kursus Pembantu Petolongan Cemas Di Rumah telah diadakan disini. seramai 20 orang pensyarah dan kakitangan terlibat di dalam kursus ini.

Sabtu, 1 Mac 2008

MESYUARAT AGONG KE-36

SK TANJONG MALIM, 23HB FEBRUARI 2008. Mesyuarat Agong BSMM Cabang Tanjong Malim / Slim River telah dijalankan dengan jayanya yang dirasmikan oleh Setiausaha BSMM Cawangan Perak, En. Chua Tei Wei.

Jumaat, 29 Februari 2008

KEM LATIHAN ASAS

SMK KHIR JOHARI, 16 HINGGA 17 FEB 2008. Telah diadakan satu kem yang mana terdiri daripada 8 buah sekolah memengah dari kawasan Besout hingga Tanjong Malim.

KEM BENCANA ALAM DAN KEM PERTOLONGAN CEMAS PERINGKAT NEGERI

KEM KUALA WOH, TAPAH. Senarai 10 orang termasuk pegawai telah menghadiri Kem Bencana Alam dan Pertolongan Cemas yang dianjurkan oleh BSMM Cawangan Perak.

Sabtu, 6 Oktober 2007

KENANGAN BERSAMA MB

Sabtu, 8 September 2007

MESYUARAT KALI KE-3

SMK KHIR JOHARI, mesyuarat tersebut telah membincangkan beberapa perkara tentang program tahun depan. Ada 2 program yang akan dijalakan pada tahun depan. Perhimpunan Perdana yang akan diadakan di SMK Agama Slim River ( cadangan ). Perhimpunan ini terkandungan program Kem Dwi Tahunan dan pelbagai acara yang dipertandingkan. Pada perhimpunan ini sekali gus merasmikan laman web rasmi BSMM Cabang Tanjong Malim Slim River. Program kedua adalah seminar yang membentangkan kertas kerja mengenai subjek pertolongan cemas diguna pakai di dalam kurikulum aruas perdana. Antara penal yang akan dijemput, Pegawai Bahagaian Sekolah KPM, Pegawai IPK BSMM dan Pegawai BSMM Cawangan Perak.

Sabtu, 1 September 2007

PEPERIKSAAN PERTOLONGAN CEMAS LANJUTAN

SMK KHIR JOHARI, telah dijalankan satu peperiksaan yang melibatkan ahli BSMM yang mengikuti kursus jurulatih. Seramai 20 orang yang mengambil peperiksaan. Peperiksaan ini dikawal selia oleh Lt. Kolonel Zainal Abidin dan Mejor Mohd Hayadi bin Abd. Ghani. Kertas ini telah dikeluarkan oleh IPK BSMM dibahwah Institut BSMM. Diharap dengan adanya peperiksaan ini dapat meningkatkan ilmu pengetahuan tentang pertolongan cemas kepada bakal-bakal jurulatih.

Ahad, 5 Ogos 2007

UJIAN BERTULIS UNIT BELIA

Gambar 1: Calon-calon dipusat SMK Khir Johari.

Gambar 2: Calon-calon dipusat SMK Agama Slim River

Gambar 3: Calon-calon di pusat SMK Felda Besout.

Gambar 4: Pengawas-pengawas peperiksaan.

Hari ini tanggal 4hb Ogos 2007, telah dijalankan dua kertas peperiksaan bagi unit belia. Peperiksaan tersebut adalah Pertolongan Cemas Asas dan Pendidikan palang Merah dan Bulan Sabit Merah serta undang-undang antarabangsa. Peperiksaan ini telah berjalan di 4 pusat peperiksaan, iaitu:-
1. SMK Khir Johari.
2. SMK Agama Slim River.
3. SMK Dato' Zulkifli Muhammad.
4. SMK Felda Besout.
Peperiksaan ini dikawal selia dibawah:-
1. Mejor Muhammad Fais ( ketua ).
2. Dr. Abdulloh Mazalan ( Penolong Ketua ).
3. Mejor Halmi Miswan.
4. Kapten Hamidi Hasan.
5. Lt. Muda Nurhazwani.
dibantu oleh:-
1. Koporal Thiagarajan.
2. UBS Nurol Huda Jamaharee.
3. UBS Nor Hidayah MOhd Dahari.
4. UBS Nik Ahmad Faiz.

Jadual pepriksaan:-
8.30 pagi hingga 10.00 pagi - Pertolongan Cemas Asas.
10.30 pagi hingga 12.00 tengahari - Pendidikan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah