P

P

KURSUS PERTOLONGAN CEMAS

POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH, BEHRANG. 25HB HINGGA 26HB NOVEMBER 2013. Kursus ini telah dianjurka oleh bahagian latihan PSAS.

KEMPEN KESIHATAN DAN DERMA DARAH

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS. 23HB NOVEMBER 2013. Program ini telah dijalankan oleh kursus bsmm dibawah Pusat Ko UPSI.

MESYUARAT AGUNG BSMM UPSI

Universiti Pendidikan Sultan Idris, 4hb Oktober 2013M. Mesyuarat Agung Tahunan telah dijalankan bagi melantik ahli jawatankuasa BSMM bagi sesi 2013 / 2014.

KEM SUKARELAAN KANAK-KANAK

SK Seri Besout, Sungkai. 20hb hingga 22hb September 2013M. Unit Kanak-kanak dengan kerjasama Unit Latihan, telah menjalankan satu program berbentuk kem kepada anggota unit kanak-kanak di kawasan PPD Batang Padang.

PROGRAM PEMBELIAN BUBUR LAMBUK

Program ini dijalankan pada 20hb Julai 2013M, sabtu. Program ini telah dijalankan dikawasan Tanjong Malim dan Jabatan Kerajaan sekitar Tanjong Malim.

Selasa, 5 Januari 2010

JELAJAH DENAI RAJA ASAL DAN MAT KILAU

Pada 25hb hingga 27hb Disember 2009, BSMM Cabang Tanjong Malim Slim River telah bertugas diprogram ekspidisi jelajah belia yang anjurkan oleh Persatuan Belia Slim Village.

Seramai 14 orang petugas BSMM mengikuti program tersebut. Jumlah pesrta yang mengikuti program ini seramai 300 orang peserta dan 100 petugas yang terdiri dari pada BSMM, SMART, RELA dan Pejabat Kesihatan Batang Padang.

Program ini dimulakan di Kampung Lintah Slim Village. Pada petang 25hb, dijalankan majlis peramian yang dirasmikan oleh EXCO Belia dan Sukan Perak. Pada hari pertama kesemua anggota bermalam di SK POS Berseh dan pada hari keduanya ekspidisi tersebut dijalankan.

Kesemua peserta telah selamat sampai di POS Buntuh, Pahang pada jam 9.30 malam. Di situ kesemua peserta tidur di dalam khemah. Pada 27hb kesemua peserta pulang menaiki bas ke Tanjong Malim. Jumlah Jarak perjalanan berjalan kaki adalah 30 km dan 8 jam perjalanan.

Antara petugas yang terlibat adalah:-
di dalam hutan.
- Mejar Hashim.
- Kapten Khirul Asraf.
- Lt. Mohd Fadris.
- LTM Raja Azahar.
- UBS Mie.
- UBS Najib.
- UBS Sam.
- UBS Bam.
- UBS Hasnah.
- Ustaz Rosmidi.

Di Pahang:-
- Mejar Mohamad Fais
- Kapten Che ri'
- Lt. Noor Azrie

Taniah kepada semua anggota yang bertugas.














Isnin, 7 Disember 2009

PERKAHWINAN DR FARIDAH

6hb Disember, Sungai Behrang, telah dijalankan satu Majlis Perkhawinan di antara Dr Faridah, Pegawai Perubatan Kehormat BSMM Cabang Tanjong Malim bersama suami yang tercinta.

Suami beliau merupakan salah seorang pendidik yang sedang bertugas di SK Klang, Selangor. Beberapa orang pegawai telah menghadiri perkahminan tersebut, antara yang hadir Mejar Muhammad Fais, Setiausaha Kehormat, Mejar Mohd Hayadi Abd Ghani, OC Latihan, Mejar Hashim Dahalan, OC PBS, Kapten Mohd Fadris, Komanden PK(VAD)58, Kapten Khairul Asraf, Komanden PK(VAD)49, Lt. Noor Azrie, Timbalan Komanden PK(VAD)55, Cikgu Firdaus, UBS Yati dan UBS Lia.

pada hari yang sama juga Kapten N. Sokkiah telah melangsungkan perkahwinan anak beliau iaitu Prema N. Sokkiah yang di jalankan di Dewan Majlis Daerah Tanjong Malim. Diharap Dr Faridah dapat mengekalkan tahap keaktifan di dalam persatuan. Tahniah diucapkan.




Isnin, 26 Oktober 2009

UJIAN BSMM KEPADA PEGAWAI KADET

Pada 24hb Oktober 2009 telah dijalankan satu program, Ujian BSMM kepada pegawai kadet UPSI. Antara ujian yang telah dijalankan adalah:-
- Ujian kawad kaki.
- Ujian praktikel.
- Ujian kenaikan pangkat.
- Ujian bertulis.
seramai lebih kurang 300 orang terlibat termasuk pegawai penilai bagi menjayakan ujian ini. Ujian ini diketuai oleh Mejar Mohd Hayadi bin Abd Ghani, Pegawai Penjaga Latihan Cabang. Antara penilai yang terlibat adalah:-
- Lt. Kolonel Abd Malek bin Selamat (bertulis).
- Lt. Kolonel Alias bin Haron (bertulis).
- Mejar Muhammad Fais bin Jamil (kawad dan kenaikan pangkat).
- Mejar Anuar bin Salleh (kawad dan kenaikan pangkat).
- Mejar Mohd Hayadi bin Abd Ghani (peraktikel dan bertulis).
- Kapten Che' Ri (kawad dan ujian kenaikan pangkat).
- Kapten Mohd Idzham (pratikel dan bertulis).
- Lt. Mohd Fardris bin Mohd Taugfik (kawad dan kenaikan pangkat).
- Cikgu Firdaus (praktikel dan pangkat).






Rabu, 14 Oktober 2009

LATIHAN BSMM DI UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

Pada masa kini pihak cabang giat melatih pegawai kadet BSMM UPSI bagi melahirkan Penolong Pegawai Belia dan Kanak-kanak. Dengan adanya program berkenaan, dapat membantu pihak pengurusan sekolah bagi menjalankan aktiviti BSMM mengikut kurikulum BSMM yang terkini. Kini pihak cabang sedang melatih seramai 200 orang pegawai kadet BSMM. Pada tanggal 25hb Oktober 2009, akan diadakan satu acara Pentauliahan Pegawai BSMM di SMK Khir Johari yang akan disempurnakan ole YAB Menteri Besar Perak. Seramai 136 orang pegawai kadet akan ditauliahkan menjadi pegawai BSMM di sekolah. Semoga mereka dapat menjadi seorang pegawai BSMM yang aktif di sekolah kelak.


.:Kursus 1st aider in every home:.

Sabtu, 19 September 2009

KAPTEN KHAIRUL ASRAF (KOMANDEN VAD 49) MASUK HOSPITAL

HOPITAL SLIM RIVER, 17hb September 2009. Kapten Asraf telah dimasukan ke hospital di atas sebab peparu beliau telah kecut sebelah akibat asma. Beliau dijangka akan dikeluarkan daripada hospital seminggu selepas raya. Kapten asraf terpaksa menyambut hari raya di hospital. Seorang pegawai telah menawarkan diri untuk menjaga Kpt Asraf iaitu Lt. Noor Azeri. Terima kasih diucapkan. Marilah kita mendoakan kesihatan beliau cepat sembuh.
~ADMIN~


.:turut hadir melawat YDH Toh Tan Dewa Sakti Dr Hj Ghazali Abdul Wahab Pengerusi Cabang:.


.:tempat dimana ditebuk:.


BANJIR

TANJONG MALIM, 1hb September 2009. sebanyak 3 buah kampung telah dilanda banjir kilat. Antara kampung yang terlibat adalah Kampung Berop, 43 keluarga, Kampung Chabang Lima, 3 buah keluarga dan Ulu Slim. Pusat pemindahan telah dibuka di Dewan Tun Abdul Razak, Tanjong Malim. Tetapi pusat pemidahan tersebut telah ditutup pada jam 3.00 petang kerana kesemua mangsa telah diambil oleh keluarga masing-masing.
~ADMIN~





Jumaat, 18 September 2009

KEM BENCANA ALAM

TRATAK RIVER VIEW RESOUT, 14hb hingga 16hb Ogos 2009. BSMM Unit UPSI iaitu PK(VAD)49 telah menjalankan satu aktiviti berbentuk ujian, Kem Operasi Bencana Alam dan Menyelamat. Sasaran pada kem adalah kepada anggota unit belia dan anggota pegawai kadet BSMM semester 2. Akibat penularan H1N1, penyertaan oleh unit belia dibatalkan serta merta. Kem pada kali ini penyerta telah menyusut dari 100 orang kepada 30 orang peserta sahaja.
~ADMIN~








Sabtu, 1 Ogos 2009

KURSUS PEMBINAAN MODUL PENGAJARAN

16HB JULAI 2009, SM TEKNIK SLIM RIVER, Telah diadakan satu kursus pembinaan modul pengajaran yang telah dianjurkan oleh bahagian latihan tanjong malim slim river. Progaram ini Telah dirasmikan oleh YDH Toh Tan Dewa Sakti Dr. Hj Ghazali bin Abdul Wahab pengerusi cabang. Serami 30 orang telah mengikuti kursus ini. Antara penceramah yang diundang adalah Lt. Kolonel Abd Malek Selamat, Mejar Mohamad Fais dan Mejar Mohd Hayadi abd ghani. ~ADMIN~