P

P

Khamis, 1 Januari 2009

CERAMAH DAN KEMPEN CEGAH HIV &AIDS

28hb DISEMBER 2009. Ibu Pejabat Cawangan perak. IPC Perak telah menganjurkan satu ceramah dan kempen cegah HIV & AIDS peringkat negeri. Bagi pihak cabang telah diwakili seramai 8 orang peserta termasuk pengerusi. Antara peserta yang terlibat adalah YDH Toh Tan Dewa Sakti Kolonel Dr. Hj Ghazali Abdul Wahab, Mejor Mohamad Fais, Kapten Asraf, LT. Mohd Fadris, YM LTM Raja Azahar, UBS Abdul Rohim dan UBS Hazwani. Program ini telah dirasmikan oleh Mejor Jeneral Datuk Bahari, Naib Pengerusi Kebangsaan. Turut hadir Briged Jeneral Datuk Akram, Timbalan Pengerusi BSMM Cawangan Perak. Antara program yang dijalankan adalah, pameran tentang HIV dan AIDS dan ceramah yang disampaikan oleh pegawai perubatan kehormat cawangan. Diharap program ini dapat memberi imput yang berguna kepada pesarta dan masyarakat.

.:kenangan gambar beramai-ramai:.

.:perwakilan cabang tekun mendengar ceramah:.

.:lawatan ke tapak pameran oleh Datuk Bahari:.

0 comments: