P

P

KURSUS PERTOLONGAN CEMAS

POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH, BEHRANG. 25HB HINGGA 26HB NOVEMBER 2013. Kursus ini telah dianjurka oleh bahagian latihan PSAS.

KEMPEN KESIHATAN DAN DERMA DARAH

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS. 23HB NOVEMBER 2013. Program ini telah dijalankan oleh kursus bsmm dibawah Pusat Ko UPSI.

MESYUARAT AGUNG BSMM UPSI

Universiti Pendidikan Sultan Idris, 4hb Oktober 2013M. Mesyuarat Agung Tahunan telah dijalankan bagi melantik ahli jawatankuasa BSMM bagi sesi 2013 / 2014.

KEM SUKARELAAN KANAK-KANAK

SK Seri Besout, Sungkai. 20hb hingga 22hb September 2013M. Unit Kanak-kanak dengan kerjasama Unit Latihan, telah menjalankan satu program berbentuk kem kepada anggota unit kanak-kanak di kawasan PPD Batang Padang.

PROGRAM PEMBELIAN BUBUR LAMBUK

Program ini dijalankan pada 20hb Julai 2013M, sabtu. Program ini telah dijalankan dikawasan Tanjong Malim dan Jabatan Kerajaan sekitar Tanjong Malim.

Jumaat, 6 Mac 2009

KEM LATIAHAN BENCANA ALAM & OPERASI MENYELAMAT

7hb hingga 9hb Febuari 2009, Kompleks Sukan Rakan Muda Kampar. Seramai 142 orang pegawai kadet UPSI unit 49 telah menjalankan satu latihan bencana alam dan operasi menyelamat. Latihan ini telah diketuai Mejor Mohd Hayadi bin Abd Ghani, Pegawai Penjaga latihan Cabang. Latihan ini telah dijalankan semala 3 hari 2 malam. Di dalam latihan ini telah dijalankan 2 simulasi bencana alam iaitu tanah runtuh dan genjatan senjata. program ini telah selamat ditutup oleh Pengarah Pusat Ko UPSI, Prof Madiya Zakaria pada penghujung latihan. Turut hadir bersama YDH Toh Tan Dewa Sakti Kolonel Dr. Haji Ghazali pengerusi cabang, Lt. Kolonel Chua Teik Wei dan wakil rasmi Pegawai Belia dan Sukan Tanjong Malim Slim river. Diharap kepada semua peserta dapat menfaatkan ilmu yang telah disampaikan semasa latihan. ADMIN.
.:pendaftaran:.

.:mendirikan khemah jam 2.00 pagi:.

.:perbincangan kumpulan:.

.:perbincangan ketua-ketua unit:.
.:antara mereka yang mekupkan:.

.:loteh membasuh:.

.:mengoreng ayam:.

.:taklimat dari pegawai atasan:.
.:tercerdera di medan perjuangan:.

.:alamak macam mana nak makan:.

.:borat lak budak nih:.

.:pegawai pemerhati:.
.:antara peserta yang terlibat:.

.:kehadiran tetamu VIP:.

.:antara tamu yang hadir:.

.:ucapan penutup kem latihan:.
.:penyampaian hadiah:.

.:kenangan bersama jurulatih dan perasmi:.

.:menjamu selera:.

Rabu, 4 Februari 2009

KURSUS PLAN KONTENJENSI BENCANA ALAM PERINGKAT KEBANGSAAN

31hb Januari hingga 1hb Febuari 2009. Hulu Langat, Selangor. Cabang Tanjong Malim / Slim River telah mewakali Cawangan Perak bagi mengahadiri Kursus Kontinjensi Bencana Alam. Pihak cabang telah menghantar seramai 5 orang perwakilan iaitu Mejor Mohamad Fais Jamil, LT Mohd Fadris bin Mohd Taufik, LTM Raja Mohd Azahar, UBS Hazwani dan UBAS Faizal. Pada kursus ini telah diterangkan bahawa plan ini adalah plan yang melindungi plan bancana alam yang sedia ada. Turut hadir bersama ahli dari BSMM Cawangan Wilayah Perserkutuan Kuala Lumpur. Pihak kebangsaan mengharapakan setiap cawangan akan menyiap plan ini dari peringkat cabang hingga ke peringkat cawangan. Selepas kursus, para peserta telah menyerahkan kutipan bantuan GAZA yang telah disampaikan oleh Mejor Mohd Hayadi kepada wakil kebangsaan di Ibu Pejabat Kebangsaan Kuala Lumpur. Bagi sebagai simbolik pula Mejor Mohamad Fais Jamil telah menyampaikan kutipan tersebut kepada Pengarah yang bertangunggjawab tentang kutipan derma di tapak pameran sambutan hari wilayah. Sekian. ADMIN.


.:penyerah wang GAZA kepada Pengarah:.




.:bergambar bersama pewagai yang baru pulang dari GAZA LT Kolonel Nasir:.

Selasa, 27 Januari 2009

KURSUS PENGURUSAN PERSATUAN

24hb hingga 26hb Januari 2009. Kelantan. Majlis Belia Daerah Kecil Slim River Tanjong Malim telah menganjurkan satu kursus Pengurusan Persatuan yang telah dijalankan selama 3 hari 2 malam di Redal Hotel, Kelantan. Pihak persatuan telah menghantar empat orang perwakilan iaitu Mejor Muhammad Fais bin Jamil, Mejor Mohd Hayadi bin Abd. Ghani, YM LTM Raja Mohamad Azahar dan UBS Mohd Faizal. Di kursus ini telah dibentangkan 4 kertas kerja dari setiap badan gabungan di bawah MBD. Resolusi telah dicapai, iaitu setiap persatuan dapat bantuan keupayaan sebanyak RM500.00. ADMIN

.:YDP MBD menyerahkan duit keupayaan kepada persatuan:.

.:gambar beramai-ramai bersama perwakilan badan gabungan:.

.:antara perwakilan yang menghadiri kursus tersebut:.

Khamis, 1 Januari 2009

CERAMAH DAN KEMPEN CEGAH HIV &AIDS

28hb DISEMBER 2009. Ibu Pejabat Cawangan perak. IPC Perak telah menganjurkan satu ceramah dan kempen cegah HIV & AIDS peringkat negeri. Bagi pihak cabang telah diwakili seramai 8 orang peserta termasuk pengerusi. Antara peserta yang terlibat adalah YDH Toh Tan Dewa Sakti Kolonel Dr. Hj Ghazali Abdul Wahab, Mejor Mohamad Fais, Kapten Asraf, LT. Mohd Fadris, YM LTM Raja Azahar, UBS Abdul Rohim dan UBS Hazwani. Program ini telah dirasmikan oleh Mejor Jeneral Datuk Bahari, Naib Pengerusi Kebangsaan. Turut hadir Briged Jeneral Datuk Akram, Timbalan Pengerusi BSMM Cawangan Perak. Antara program yang dijalankan adalah, pameran tentang HIV dan AIDS dan ceramah yang disampaikan oleh pegawai perubatan kehormat cawangan. Diharap program ini dapat memberi imput yang berguna kepada pesarta dan masyarakat.

.:kenangan gambar beramai-ramai:.

.:perwakilan cabang tekun mendengar ceramah:.

.:lawatan ke tapak pameran oleh Datuk Bahari:.

Isnin, 22 Disember 2008

PROGRAM HARI KELUARGA

21hb DISEMBER 2008, Pusat Bowling Bukit Beruntung. Satu aktiviti riadah telah dianjurkan oleh pihak pengurusan cabang. Pada aktiviti seramai 30 orang anggota telah mengikut pertandingan ini yang bermula dari jam 11.00 pagi hingga 3.00 petang. Program ini betujuan merapatkan silaturrahim antara anggota dan berkenalan sesama anggota. Program ini telah dirasmikan oleh LT Kolonel Alias bin Haron, Naib Pengerusi 2 BSMM cabang Tanjong Malim / Slim River. Pertandingan ini telah dijuarai oleh Mejor Halmi Miswan. Tempat kedua, Sarjan Mohd Mahadzir dan tempat ketiga LTM Azrai. Program ini dapat menyatukan padukan gerak tenaga kerja bagi pergerakan persatuan. Diharap program ini dapat dijalankan pada masa mendatang.

.:aksi anggota yang membaling bola:.

.:LT Noor Azeri yang bergaya:.

.:panggil sapa tu:.









.:juara tempat ketiga:.

.:juara ditempat kedua:.

.:juara ditempat pertama:.

BANTUAN SUKARELA

15hb DISEMBER 2008, Tapah. Seramai 15 orang ahli Bulan Sabit Merah Cabang Tanjong Malim / Slim River dari unit VAD 55 dan VAD 49 telah terlibat didalam sukan orang kurang upaya peringkat daerah Batang Padang. sukan ini telah dirasmikan oleh YB Adun kawasan Tapah dan majlis perasmian penutupnya dirasmikan oleh YB Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan. pasukan ini diketuai oleh Kapten Asraf dan dibantu oleh LT Mohd Fardris, LT Noor Azeri dan LTM Raja Mohd Azahar. Turut hadir bersama Mejor Mohamad Fais, Setiausaha Kehormat cabang dan Mejor Mohd Hayadi bin Abd Ghani, Pegawai Penjaga Latihan cabang. Sukan ini berjalan dengan lancar sepeti mana yang telah dirancangkan.